Tag Archives: rambut spiky

Rambut dua gaya

mainpix1 Rambut dua gaya

Idea dandanan rambut Ubermen

LELAKI berambut pendek sering menganggap imej serba ringkas sebegitu sebagai langkah paling selamat untuk digayakan dalam sebarang majlis. Biar berambut pendek, sebenarnya masih ada sempadan etika dalam mendandan rambut.
Jenama dandanan rambut tempatan, Ubermen berkongsi idea supaya jejaka tampil berbeza melalui potongan rambut sedia ada. Berita gembira, lelaki masih mampu mencetus gaya berbeza melalui penggunaan produk dandanan rambut himpunan Ubermen.

Didatangkan dalam tujuh pilihan dandanan rambut, Ubermen memberi kepelbagaian gaya yang diperlukan jejaka dalam membentuk dandanan rambut diingini. Tujuh produk yang boleh dipilih ialah Engineered Wax, Jelly Crystal, Control Balm, Party Twister, Volume Web, Mud dan Intro Fibre.

Seperti jejaka lain, pelakon yang kian meniti tangga populariti, Ashraf Muslim tidak terkecuali berdepan masalah setiap kali membentuk gaya sesuai untuk rambutnya.

Namun, Ashraf sentiasa memastikan rambut dipotong pendek untuk menampakkan penampilan lebih kemas.

mainpix2 Rambut dua gaya

“Rambut saya bukan daripada kategori lurus. Struktur rambut saya sedikit beralun membuatkan saya selesa membiarkan ia lebih pendek.

“Saya akui dandanan rambut yang sesuai mampu mengubah penampilan terutama pada majlis penting yang disaksikan ramai orang,” kata Ashraf yang tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.

XY – Stailo minggu ini mempamerkan dua idea dandanan rambut yang mampu mencetus gaya berbeza melalui penggunaan produk dandanan Ubermen.

Menariknya, rambut sedia ada mampu menonjolkan dua gaya berbeza sekali gus menyerlahkan penampilan.

Siapa kata berambut pendek tidak mampu menonjolkan gaya memikat?

Gaya 1

Imej gaya spiky

Langkah demi langkah

1. Biarkan rambut sedikit kering untuk membolehkan dandanan imej lebih sempurna.

2. Calitkan sedikit produk jenis Mud yang mampu menghasilkan dandanan lebih lama dan kekal rapi. Mulakan sapuan pada bahagian dalam struktur rambut untuk membentuk volume dikehendaki.

3. Kemaskan dandanan pada semua bahagian rambut terutama bahagian atas, tepi dan belakang rambut. Calitkan sedikit lagi Mud untuk membentuk gaya sempurna pada bahagian atas struktur rambut.

4. Tambahkan sedikit produk jenis Party Twister yang mampu mengekalkan dandanan yang diingini. Selain mampu mengekalkan rambut terpacak, Party Twister juga memberi sedikit kilauan pada rambut.

5. Akhir sekali, bentukkan secara menyeluruh dandanan rambut mengikut gaya yang diingini. Beri penumpuan pada bahagian depan dan belakang rambut untuk memastikan terserlah imej rambut spiky!

Gaya 2

Imej rambut klasik

Langkah demi langkah

1. Basahkan rambut untuk memastikan struktur rambut lebih lembut dan lembap. Biarkan rambut dalam keadaan separa basah.

2. Calit krim rambut jenis Control Balm yang mampu memberikan rambut lembut dan lurus. Diperkaya dengan Vitamin E, Control Balm yang berasaskan krim memperlihatkan dandanan segak dan kemas.

3. Sapukan dengan rata krim rambut pada seluruh bahagian rambut untuk hasil lebih sempurna.

4. Kemudian, sikat rambut mengikut belahan bahagian yang dikehendaki. Bentukkan sempurna.

5. Sapukan sedikit lagi krim pada tepi rambut dan hujung struktur rambut untuk memperkemaskan dandanan. Nyata, dandanan rapi rambut mampu menghasilkan gaya rambut klasik dan kemas.

Info

  • Ubermen didatangkan dengan tujuh produk rambut iaitu Engineered Wax, Jelly Crystal, Control Balm, Party Twister, Volume Web, Mud dan Intro Fibre.
  • Rangkaian dandanan rambut Ubermen didatangkan dengan pilihan krim rambut, gel mahupun wax.
  • Kandungan bahan dalam produk dandanan rambut Ubermen dicipta unik untuk disesuaikan dengan pengguna yang menghadapi masalah kelemumur pada kulit kepala dan rambut gugur.
  • Teknologi Pro-V yang diterapkan dalam produk rambut Ubermen membantu kulit kepala terhindar daripada masalah kelemumur.-bharian