Kalau anda biasa membaca komen-komen dari EKSEKUTIF JUALAN UNIFI
pastinya anda akan perasan yang beliau suka usik THE SINGING BLOGGER yang
baru-baru ini berjaya memenangi Malaysia International Celebrity Blog dengan cerita
APAM BALIK beliau….

Dan kalau yang belum baca kisah pengalaman beliau tu…. boleh terjah yea
>>>> KISAH APAM BALIK ZARUL UMBRELLA <<<
Dan kebetulan saya mendapat CABARAN MAKAN APAM BALIK dari salah seorang
pembaca setia blog nie – PAKAR BAHASA PENGATURCARAAN KOMPUTER untuk
makan APAM BALIK PASAR MALAM …. hehehehehe
Kalau ELISSME suruh saya makan SEBIJIK…. so saya UP kasi DUA BIJIK …. kira dah
lebih dari permintaan la kan….. hihihi , cuma satu saya beli yang biasa satu lagi saya
beli yang special….murah jugak la…sebab biasa baru rm1.70 dan special hanya rm2
Seperti yang anda biasa tengok…. APAM BALIK yang besar tu dipotong empat kan…
dan brother yang jual nie memang baik hati… cubalah tengok isi kacangnya ….memang
banyak kan….
Selain kacang yang banyak….APAM BALIK nie juga diperkayakan dengan bijian JAGUNG
yang kuning keemasan…..dan untuk EMPAT POTONGAN APAM BALIK nie saya kunyah
telan dalam 5 minit jee…. mudah sahaja….
Next ialah APAM BALIK SPECIAL…. sama besar je yang biasa tu cuma lebihnya apam
balik nie diletakkan coklat…. rasanya sama je la kan dengan pasar malam kata tempat
lain kan….Boleh nampaknya betapa pekatnya coklat dalam apam balik tersebut…..
Oleh kerana apam balik mengandungi EKSTRA COKLAT…. makanya ia jadi lebih gebu
dan sedikit tebal dari apam balik biasa…Cuma untuk habiskan apam balik special a.k.a
coklat nie….. saya agak slow sedikit sebab ianya macam terlebih manis….tapi takde la
sampai sepuluh minit….dah settle terus saya minum air mineral banyak-banyak….
” KESIHATAN KENA JAGA JUGAK KAN ” …..
Nampak mudah je kan cabaran kali nie…. ? Tapi cuba buat dulu agak-agak boleh abis
tak kalau makan sekali yang SPECIAL ( manis sangat ) tu ?
============================================================
Dan untuk hari-hari mendatang saya MOHON UNDIAN rakan-rakan dan PEMBACA BLOG
HAZMANFADZIL.COM untuk vote saya untuk
NUFFNANG FAVE MAKAN MAKAN EXPERT
Sila klik pada BANNER atau LINK di atas untuk berikan UNDIAN anda…. Segala undian
anda amatlah saya hargai….semuanya akan berikan perangsang untuk saya jadi
FOOD BLOGGER YANG HEBAT….







