Nampaknya rakan-rakan pejabat saya yang menjadi penyokong pasukan bolasepak
NEGERI SEMBILAN melangkah bangga ke opis….Maklumlah team diorang kan menang
final Piala Malaysia 2011 tempohari…..
Dan yang kelakarnya ada pulak tiba-tiba mengaku diorang tu ‘warih’ dengan member
orang NEGERI SEMBILAN tue…Siap speaking neghori pulak tue….Gelak je saya
tengokkan gelagat diorang tue….
So kebetulan meraikan kemenangan team bolasepak negeri sembilan nie….maka lauk
yang paling sinonim sudah semestinya asam pedas la kan selain masak lemak cili api….
Sekali imbas …. saya memang tidak cam langsung apakah jenis ikan nie…..
Ye kawan-kawan…..Ini adalah asam pedas ikan mayung , kiranya inilah kali pertama
saya makan asam pedas ikan mayung nie….Memang besar ikannya – rasanya ada
macam ikan kembung + ikan keli…..tapi sedap la kan…..
Kebiasaannya set asam pedas nie ada telur masin…..tapi kedai maka nie diorang
hidangkan ulam + sambal tempoyak…..menarik kan….Kebetulan masa saya datang
tu awal dan pelanggan tak ramai lagi….. So tuan punya kedai tue siap temankan saya
makan sekali….
Yang buat saya tersenyum tue….ialah bila dia siap letakkan kicap CAP KIPAS UDANG
kat meja sambil memberitahu ” asam pedas nie kalau makan dengan kicap lagi best “.
Normally saya makan lauk kari je ngan kicap…..tapi bila letak kicap kat asam pedas
berselera jugak saya makan…..hehehehe
Malas nak minum air yang fancy-fancy sangat…..so order teh o ais limau je laaa
Mula-mula saya mintak tuan punya kedai nie -ABG LONG business card beliau…tapi
dah habis pulak la katanya…..Nasib baik saya sempat snap papan tanda kedai makan
dia nie …..so ade tertera no telefon untuk dihubungi….
InsyaAllah …. saya akan terjah lagi kedai dia nie……untuk cuba menu yang lain…..
p/s: nak cuba pelbagai rasa asam pedas di setiap bandar dan kawasan





