
Apabila teringat-ingat makanan barat yang dicuba oleh adik lelaki kandung saya tempohari…
maka telah membuatkan saya beranikan diri untuk terjah ke DA LEGEND WESTERN FOOD
di MMA SANTAI CORNER NILAI…..

Mengelakkan untuk order menu yang saya pesan ( FISH N CHIP ) lalu saya tertarik dengan
menu DA LEGEND JUMBO CHICKEN nie…Terus saya beritahu budak yang amik order
tanpa segan silu….

Lebih kurang dalam 15 minit kot…. hidangan pun sampai….
1st … saya memang suka diorang serve dalam pinggan yang besar nie…. nampak macam
best dan big portion je….Dan anda boleh lihat – ada DUA KETUL AYAM kan….

Sekali imbas….macam bahagian daging ayam yang digunakan untuk CHICKEN CHOP jee….

French fries dia jenis biasa jee….tapi cukup ramuan laaa

Vege Salad ni pun okey – gabungan sos cili + sedikit mayonis kan….sedap dimakan bersama
ayam tu tadi..

Yang membuatkan rasa ayam ini menarik ialah KEPINGAN KEJU yang diletakkan di atas
ayam tersebut dan disebatikan kuah sos black pepper…. Sungguh membuka selera yea….
boleh berpeluh pulak saya makan…..KEEP WARM la kejap….

Suatu permulaan yang bagus bagi kedai nie…. ada rezeki mesti saya terjah lag untuk cuba
menu yang lain pulak…. Dan kalau anda perasan dan bersetuju bahawa air fresh orange
adalah minuman yang sering kelihatan dalam filem /. drama melayu … betul tak ?
p/s : Vitamin C penting untuk kesihatan tubuh badan….


























