
Pada hari ahad yang lepas…..
Setelah pulang dari kenduri doa selamat rakan ayah saya di kajang ( pukul 1 petang ) saya
merasa hairan mengapa ada semacam peningkatan trafik blog saya yang kebiasaannya
akan berkurangan pada hari minggu berbanding hari bekerja……
Dan ianya berlaku selepas pukul 12 tengahari….. setelah memikirkan kemungkinan yang
berkaitan ternyata ramalan ku benar belaka…..PENANGAN RANCANGAN JJCM TV3

Dan post entry MEE UDANG BANJIR KUALA SELANGOR
Telah menjadi dalam masa yang sekejap sahaja dengan puluhan LIKE yang jarang ada pada
post entry makanan saya…. Okey , kebetulan facebook JJCM 2013 ada info …Inilah alamat
MEE UDANG BANJIR KUALA SELANGOR :-
* MEE UDANG BANJIR,
LOT 652 KM 1 OFF JALAN KLUANG, KUALA SELANGOR
DEPAN MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM K. SELANGOR
0196644235(HJ BAHARUDIN)
Kemudian pula…..

Selain itu….
Post entry KARIPAP GERGASI pun menjadi carian hangat sehingga hari ini…..Memang
sedap makan panas-panas nie… Dan alamat untuk gerai KARIPAP GERGASI nie ialah :-
* KARIPAP GERGASI
TAMAN BELIBIS 45700
BUKIT ROTAN,
KUALA SELANGOR
0193829394/0192760431(EN IJAL/ EN FUAD)
Diharapkan dengan updatenya alamat tersebut dapatlah membantu sesiapa yang ingin
mencuba keenakan MEE UDANG BANJIR KUALA SELANGOR dan KARIPAP GERGASI tu
kan….
Kesimpulannya…. kita sebagai blogger selagi penulisan post entry kita ini berbentuk
informasi pastinya akan menjadi rujukan cepat atau lambat…..Yang penting kita sendiri
happy dan enjoy dengan apa yang kita nak kongsikan dengan pembaca…
