Makan SEDULANG NASI ARAB + AYAM dan KAMBING di TANAH ARAB

Selain gambar-gambar di sekitar MEKAH dan MADINAH yang mak ayah saya

tunjukkan kepada saya dan adik beradik…. saya sebagai FOOD BLOGGER nie

pastikan bertanyakan mengenai makanan di sana….hehehehhe

DSC08711 Makan SEDULANG NASI ARAB + AYAM dan KAMBING di TANAH ARAB

Ni… kalau tak silap saya mak ayah saya beli tapau makan kat bilik hotel diorang….dengan

lauk kari kambing …. dan nasi arab yang BANYAK tue adalah untuk SEORANG MAKAN

orang arab tapi kita nie orang MALAYSIA kongsi dua orang la kan….itupun jenuh kalau

nak menghabiskannya….

DSC08728 Makan SEDULANG NASI ARAB + AYAM dan KAMBING di TANAH ARAB

Menurut ayah… dua atau tiga hari yang terakhir mereka telah menghadiri satu jamuan

yang melibatkan semua peserta umrah yang sama agensi dengan mereka…sebanyak

ENAM DULANG BESAR telah disediakan ….

DSC08729 Makan SEDULANG NASI ARAB + AYAM dan KAMBING di TANAH ARAB

Nasi yang diletakkan dalam dulang besar nie memang penuh dengan daging kambing

yang besar besar ketulan dagingnya…. anda boleh lihat gambar di atas… siap boleh

nampak betapa lembutnya daging kambing tue….dalam kuantiti yang banyak…

DSC08731 Makan SEDULANG NASI ARAB + AYAM dan KAMBING di TANAH ARAB

Dan ini pula untuk dulang yang berisi dengan lauk ayam…. tengok tu penuh satu dulang

yang dipenuhi dengan ayam ….rasanya ada dalam DUA TIGA EKOR nie untuk setiap

dulang….Dan dikatakan kalau orang arab makan SEPULUH ORANG boleh habiskan

nasi dan lauk nie…. tapi kalau orang MALAYSIA… DUA PULUH puluh pun tak tentu lagi

boleh habis licin makanan dalam dulang besar tue…..

DSC08732 Makan SEDULANG NASI ARAB + AYAM dan KAMBING di TANAH ARAB

Diorang punya pinggan plastik pun saiz besar kan….. memang kena la dengan selera

makan mereka yang di sana…. apa yang pasti menu makanan arab sebegini pasti

SEDAP , LAZAT dan MENGENYANGKAN…… Alhamdulillah….

 

p/s : ORANG ARAB BOLEH HABISKAN AYAM SEEKOR tau…..

364 total views, no views today