Semalam… saya offday maka tidak bekerja lalu sempatlah buat MOVIE MARATHON
kat GSC MIDVALLEY…..alaaa…. setakat DUA citer je pun ( PARKER + WAWA
SEMPUT ) Nak tengok filem BULLET TO THE HEAD jugak tapi terpaksa lupakan
hasrat sebab terima panggilan member yang perlukan BANTUAN….

Sebelum balik dengan komuter …. sempat la saya singgah makan kejap kat OLDTOWN
WHITE COFFEE SIGNATURES bertentangan dengan FOOD JUNCTION ( food court ) kat
MID VALLEY nie….Masa tu dalam pukul 3.30 petang maka tak ramai orang ….

Perut agak lapar…. so kena cari NASIK….
Maka bila dah belek menu yang ada….. saya pilih NASI AYAM CHICKEN CHOP….gabungan
nasi ayam hainan dengan daging CHICKEN CHOP….Saya perasan dah banyak jugak kedai
makan yang buat menu cenggini atau dalam istilah kulinarinya…. FUSION FOOD….

Di atas kepingan daging chicken chop tu…. sebenarnya diletakkan telur dadar ( sebiji )
actually bila tengok sekali imbas tak perasan sangat , bila nak potong ayam baru tahu akan
kewujudan telur dadar tersebut…. Harga Set nasi ayam hainan CHICKEN CHOP ni adalah
RM12.50

Untuk minum saya pesan air OLDTOWN WHITE COFFEE yang sejuk punya ( ada ais )

Tengah suap dua tiga sudu nasi ayam tu…. saya baru perasan pamplet untuk pencuci
mulut yang telah berjaya menambat hati saya nie…. Terus saya panggil waiter NEPAL tu
pesan CENDOL AIS KACANG nie semangkuk….

Yang menariknya….
Walaupun CENDOL AIS KACANG nie saya pesan kemudian …. akan tetapi ianya sampai
dan siap terlebih dahulu dari NASI AYAM HAINAN dan air OLDTOWN WHITE COFFEE yang
saya telah pesan lebih awal….. Saya syak PAKAR CENDOL BANTING telah berikan
kursus intensif yang hebat pada pekerja BANGLA dan NEPAL nie….cekap sungguh mereka
Memang puas hati dapat makan CENDOL AIS KACANG dalam aircond nie….hehehehe










