Ini adalah posting mengenai terjahan pertama ke sebuah kedai makan yang baru
dibuka lebih kurang sebulan yang lalu.Ia lebih kepada kedai masakan panas dan
tomyam la ….dekat dengan kawasan perumahan saya
Untuk perhatian gambar-gambar dalam post entry diambil dengan SAMSUNG CORBY
II je ( 2 MEGAPIKSEL )….. so kualiti agak kureng skit la yea….Firstly saya amat tertarik
dengan NAMA kedai makan nie… singkatannya macam nama satu sistem yang ofis
saya gunakan…. Cuma kalau ianya digunakan untuk DOMAIN macam tak sesuai sangat
…. sebab orang mungkin keliru dengan ejaan kalau nak taip kat GOOGLE…
Kalau dilihatkan menunya …. memang lebih kurang sama je dengan kedai makan tomyam
yang terdapat diluar sana…. cuma diorang nie bukan orang kelantan la rasanya….Dan
pada hari tu saya tergerak hati nie nak cuba NASI CLAYPOT…. sebab biasa dengar tapi
belum lagi pernah rasa….
Tadaaaa…. Inilah rupanya NASI CLAYPOT yang baru je keluar dari dapur …. panas-panas
dan berasap-asap…. memang gaya sizzling la kan….
Lepas tu… untuk menambah lagi selera makan …. saya order la pulak AYAM MASAK
MERAH…..perghhh…. memang berbaloi laaa…. dengan hanya rm4.00 hidangan AYAM
MASAK MERAHnya adalah dalam hirisan daging ayam yang besar jugak…. dan kuahnya
memang sedap laaa…. ( sebab dah biasa makan style kelantan ) kan…
Dan untuk melegakan dan membasahkan tekak yang haus nie…. saya minum air yang
biasa dipesan dalam drama atau filem melayu….. FRESH ORANGE…. hahahahha.Dan
ringkasnya kedai makan nie ada potensi untuk berkembang dengan lebih baik lagi….
Cuma ada beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan lagi di masa akan datang
seperti siaran televisyen ( tv ada -astro takde ) , business/name card kedai dan promosi
hebahan untuk sebaran penduduk taman-taman sekitar…
Sesungguhnya kalau ade kedai makan / restoran yang baru buka di kawasan rumah
saya memang saya akan buat coverage…. cuma masih RAMAI LAGI PENIAGA
MAKANAN MELAYU yang kurang gunakan potensi teknik pemasaran online untuk
kembangkan bisnes mereka…. Apatah lagi nak keluarkan budget untuk panggil
blogger buat review atau coverage….
p/s : BUSINESS/NAME CARD adalah suatu keperluan dalam setiap perniagaan….







