Pada hari Jumaat….
Antara perkara yang amat digalakkan untuk kita lakukan ialah bersedekah atau
memberikan derma dengan seikhlas hati….Dan InsyaALLAH akan kita dapat
ganjaran dan rezeki dalam pelbagai bentuk….
Kebetulan…… pernah suatu hari saya sampai tidak perlu mengeluarkan belanja
untuk makan sebab sehari suntuk ada sahaja rezeki orang belanja saya
makan….

Kalau cenggini adalah masa kenduri kahwin – memang saya akan selalu maksimumkan
jumlah lauk pauk bersama buah-buahan yang ada….hehehehe

Time pagi-pagi …ada pulak orang letak nasik lemak daging masak hitam kat meja….bila
saya tanya officemate kata ada orang belanja satu opis katanya….

Ada sekali tu teringin la pulak nak makan nasi beriani AYAM MASAK MERAH…. bila nak
keluar duit je member kata ” HARI INI AKU BELANJA yea…. ”

Bila kerja syif petang …. kirim makanan ( NASI AYAM PENUH ) kat housemate untuk
menu makan malam nanti sekali lagi bila nak bayar….dia cakap ” MAKAN JE LA BRO …. ”

Tak lupa juga apabila ada jamuan FAREWELL mahupun KESYUKURAN / KERAIAN
di jabatan lain…. ada je yang baik hati ajak jemput join makan sekali….Memang kenyang
perut senang hati la kan….
Bagi saya….ianya adalah termasuk dalam kategori rezeki yang tak disangka-sangka
sebab tak semestinya kita dapat DUIT / WANG RINGGIT kan…. Tambah pulak bagi
saya yang masih BUJANG DAN TERUNA nie…. dapat merasa makanan percuma
sebegini adalah suatu nikmat bagi saya… Dan saya amat bersyukur setiap kali ianya
berlaku…..
p/s : Marilah sama-sama kita memberikan sedekah ……





