
Di area tempat saya bekerja dan tinggal agak sukar untuk mencari restoran yang
menyediakan masakan cina muslim…. Kalau ada pun mungkin satu dua kedai / restoran
sahaja….Dan pada minggu lepas saya berkesempatan untuk singgah makan di DOWNTOWN
KLIA SEAFOOD yang berhampiran dengan area Charterfield berdekatan dengan hotel
CONCORDE INN KLIA
Sebenarnya ianya adalah jamuan bersama-sama rakan tempat saya bekerja….Jom lihat
apa menu untuk set 10 orang….

Mushroom with Brocolli – saya makan dua tiga ketul jee….

Omelette – yang besar dan saiz lebih kurang macam regular pizza tue….

Beancurd on the HOT PLATE – Tauhu yang dihidangkan panas-panas….

Sharkfin soup – saya makan dua tiga mangkuk kecil sebab untuk menikmati khasiat yang
jarang kita dapati…

Mongolian Chicken – sejenis ayam goreng tepung dengan sos istimewa….

Assam Steamed Fish – masakan ala chinese style yang kurang pedas….

Butter Shrimp – ianya jadi sedap apabila dicicah dengan sos thai atau sos cili….

Dan menu istimewa pada malam itu ialah Daging Rusa masak BLACKPEPPER – hirisan
daging yang agak kenyal dan liat…. tapi sedap jugak bila dimasak dengan lada hitam nie…
So kepada sesiapa yang singgah area bandar baru salak tinggi atau kawasan berdekatan
terminal lapangan terbang KLIA cubalah singgah di sini yea…
INFO
ALAMAT :-
No.B40-B48, Block B, Jalan KLIA 1/60, Charterfield Commercial Centre,KLIA, 64000 Sepang, Malaysia
WAKTU OPERASI :- Isnin – Sabtu: 10.30 pagi – 10.30 ptg
Telefon : 03-8783 1031
