Pada hari jumaat yang lepas….
Saya mendapat panggilan yang agak kurang menyenangkan dari ofis dan sedikit
mengurangkan selera saya untuk bersarapan pagi ( BIG BREAKFAST )
Kalau nak diikutkan pada hari tersebut saya bercadang untuk makan SEPULUH KEPING
Roti Canai akan tetapi disebabkan ‘gangguan emosi’ tersebut saya pesan roti telur , roti
canai dan roti sardin sebanyak DUA KEPING setiap satu…
Dan berikut adalah pelbagai jenis roti dan senarai harganya…. siap jenis yang letak keju
( cheese ) …. dah jadi macam menu burger la pulak kan….
Bagi 2 keping roti canai …. saya malas letak kuah.Memudahkan pemakanan saya gulung
macam nie dan makan begitu sahaja….
Dua Roti telur ( yang siap dipotong ) saya makan dengan kuah secara BANJIR STYLE
di mana kuah dhal + kuah kari + sambal digabungkan menghasilkan kombinasi kuah
yang enak sangat…..

Saya dapati DUA KEPING ROTI SARDIN nie isi dalamnya agak banyak….dan ianya
telah dikerat lapan.So saya makan dua potongan setiap kali suapan…. ketebalan roti
sardin nie dah macam murtabak pulak rasanya…
Kalau ikut logiknya…. saya makan 10 keping roti canai adalah lebih mudah berbanding
makan 3 jenis roti yang berbeza….tapi janganlah suruh saya makan roti pisang or roti
coklat…. manis sangat la rasanya….
Okey… kalau anda seorang yang BIJAK SIFIR…. brapakah jumlah yang perlu dibayar
untuk semua roti di atas… ???
Dan untuk hari-hari mendatang saya MOHON UNDIAN rakan-rakan dan PEMBACA BLOG
HAZMANFADZIL.COM untuk vote saya untuk
NUFFNANG FAVE MAKAN MAKAN EXPERT
Sila klik pada BANNER atau LINK di atas untuk berikan UNDIAN anda…. Segala undian
anda amatlah saya hargai….semuanya akan berikan perangsang untuk saya jadi
FOOD BLOGGER YANG HEBAT….





