Tag Archives: restoran makanan segera

HAZMAN VS FOOD – Menu KONTROVERSI McDonalds Malaysia

551461 10152553597545023 104567889 n HAZMAN VS FOOD   Menu KONTROVERSI McDonalds Malaysia

Ada suatu hari tu….

Saya terperasan menu baru di facebook Mcdonalds ….. ianya semacam menarik perhatian

saya untuk terjah ke Restoran Mcdonalds yang paling dekat dengan rumah saya ( NILAI )

Kena pulak apabila melihatkan iklan yang agak menarik di atas…..rasanya inilah kali

pertama diorang ( Mcdonalds ) membuat iklan versi sebegini….maksudnya lebih kepada

visual tanpa gunakan pelakon biasa….

625544 572955506048760 1424476440 n HAZMAN VS FOOD   Menu KONTROVERSI McDonalds Malaysia

Okey …

Inilah yang saya pesan set BEEF + EGG dan McEgg Deluxe ala carte ….Oleh kerana saya

datang masa dinner ( lebih kurang pukul 6.30 petang ) set tu dapatlah harga rm5.95 dan

McEgg tu dalam rm4.95 la kot…..

374564 572955512715426 476667438 n HAZMAN VS FOOD   Menu KONTROVERSI McDonalds Malaysia

Ni adalah rupa McEggs …. ada cheese dan sayuran yang cukup bagi saya…. Cuma

644628 572955542715423 1956957096 n HAZMAN VS FOOD   Menu KONTROVERSI McDonalds Malaysia

BEEF  + EGG yea macam ‘kurang bermaya ‘ je rupanya….dan isi daging tu nipis – mungkin

sebab tu dijual MURAH skit kot….pelik bagi saya takde satu pun sayur untuk burger nie….

malas pulak nak bising kat kaunter …. telan je laaaa…..

So secara keseluruhannya…. menu baru nie biasa je bagi saya…. lagipun niat di hati saya

sekadar nak merasa je pun ternyata tak kena dengan selera tekak saya…..Mungkin burger

bakar adalah alternatif pilihan saya yang lebih baik….

Ayam Blackpepper KFC




Semenjak insiden NOTIS KFC HANGUS beberapa bulan yang lepas saya berhenti

sekejap dari singgah atau makan hidangan menu KENTUCKY FRIED CHICKEN nie…

Namun ianya berubah apabila terdetik di hati saya untuk mencuba menu Ayam

Blackpepper KFC muncul….

 Ayam Blackpepper KFC

Gambar Hiasan

DSC 1737 Ayam Blackpepper KFC

Dan inilah rupa sebenar Ayam Blackpepper KFC tue…. Kalau yang poster seperti imej

di atas hanya ilustrasi sahaja yea….hehehee

DSC 1740 Ayam Blackpepper KFC

Hurmm….. mula-mula plan jagung nie saya nak makan ratah cenggitu je…tapi tiba-tiba

dapat idea ….!!!!

DSC 1753 Ayam Blackpepper KFC

Saya TOP UP lagi nasi ayam KFC semangkuk…..so JAGUNG tu saya gaulkan maka

tercipta menu baru Nasi Jagung KFC bersama Ayam Blackpepper….Dan sekarang

diorang dah kuarkan AYAM PERISA TOMYAM….SPICY stop buat sementara waktu….

p/s : Ayam KFC nie paling kuat saya boleh makan 3-4 ketul jee….lebih daripada tu….dah

semestinya muak….

Coffee Bean dalam botol




ur 02.1 Coffee Bean dalam botol

KAKITANGAN The Coffee Bean & Tea Leaf, Fiona Rodrigues menunjukkan minuman dalam botol terbaru daripada kafe itu.



RANGKAIAN kafe terkemuka, The Coffee Bean & Tea Leaf kini tampil dengan produk terbaru mereka menerusi variasi minuman dalam botol sedia diminum yang menyegarkan.

Penggunaan botol kaca itu merupakan salah satu cara memberi keselesaan kepada pelanggan yang tiada masa untuk berhenti minum di kafe tersebut disebabkan sibuk dengan rutin kerja harian.

Pengurus Pemasaran dan Teknologi Maklumat The Coffee Bean & Tea Leaf, Niki Low berkata, kaedah itu juga membolehkan pelanggan mereka menikmati seleksi minuman signatur kafe itu di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Tambahnya terdapat tiga perasa terbaru yang menggunakan 100 peratus kopi Costa Rican yang rendah lemak dengan hanya 200 kalori dan tiga gram lemak untuk setiap hidangan 281 mililiter (ml).

“Tiga perasa itu adalah cafe latte, cafe mocha dan cafe vanilla yang mempunyai keistimewaan masing-masing dan mampu memenuhi cita rasa pelanggan kami,” ujarnya dalam satu majlis memperkenalkan minuman terbaru itu bersama media di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Niki memberitahu perasa cafe latte diperkaya dengan susu dan rasanya lebih manis, cafe mocha pula terdiri daripada campuran susu segar serta coklat Belanda manakala cafe vanilla merupakan kombinasi susu dengan perasa vanila.

ur 02.2 Coffee Bean dalam botol

SEKUMPULAN wartawan yang hadir mencuba rasa minuman kopi, teh dan yogurt terbaru The Coffee Bean & The Leaf.

Minuman dalam botol itu hanya berharga RM7.90 dan boleh didapati di kafe The Coffee Bean & Tea Leaf di seluruh negara.

Untuk rangkaian minuman teh pula, jenama tersebut tampil dengan tiga variasi baru iaitu Honey Rooibos yang mengandungi kombinasi African Rooibos dan madu asli, Jasmine Pearl terdiri daripada campuran teh hijau Cina premium yang diadun dengan kuntuman bunga melur dan Peach Assam yang menggunakan asam India untuk menghasilkan teh hitam premium dengan tambahan buah peach masak.

Melengkapi variasi minuman berasaskan kopi dan teh itu, The Coffee Bean & Tea Leaf turut memperkenalkan sajian yogurt yang hadir dengan dua perasa iaitu klasik yang terdiri daripada yogurt asli dengan campuran vanila dan citrus manakala vanila menggunakan kacang vanila berkrim.

Lebih dikenali sebagai frozen swirl yogurt, pelanggan juga boleh memilih seleksi perasa tambahan yang diinginkan seperti banana caramel atau caramel macchiato.

-kosmo

Patutkah bayi menonton TV?



Hampir setiap seorang kanak-kanak di bawah usia dua tahun memiliki set televisyen sendiri. Adakah ini digalakkan? fa 02.1 Patutkah bayi menonton TV?

IBU BAPA kerap kali membiarkan bayi menonton TV ketika mereka sibuk melakukan kerja di rumah.

SEORANG ibu berhenti menonton rancangan ER selepas anak pra-sekolahnya cuba melakukan bantuan kecemasan mulut ke mulut (CPR) kepada adiknya. Seorang ibu pula tertawa besar apabila bayi berusia 15 bulannya cuba mendendangkan lagu McDonald dengan nada ‘ba, ba, boppa, ba’ setiap kali kereta mereka melintasi kawasan restoran makanan segera itu. Boleh dikatakan satu pertiga daripada generasi muda (bayi berusia sehingga enam tahun) Amerika Syarikat (AS) hidup dalam persekitaran yang bertemankan televisyen pada kebanyakan masa. Demikian pendedahan oleh sebuah kajian yang mengkaji kontras antara nasihat pakar pediatrik dengan apa yang dibenarkan oleh ibu bapa. Malah, menempatkan televisyen di dalam bilik tidur juga bukan sesuatu yang asing pada dewasa ini. Hampir setiap seorang kanak-kanak di bawah usia dua tahun memiliki set televisyen sendiri meskipun Akademi Pediatrik AS tidak menganggap ia satu idea yang bagus membenarkan anak menonton televisyen pada usia itu. Dewasa ini, lapan dalam setiap 10 orang kanak-kanak berusia di bawah enam tahun akan menonton televisyen, bermain permainan video atau komputer pada hari-hari biasa. Menurut satu kajian yang didedahkan oleh Yayasan Keluarga Kaiser AS baru-baru ini, secara purata, hampir dua jam dihabiskan di depan skrin pada kebanyakan masa berbanding hanya 48 minit untuk membaca. Yayasan tersebut melaporkan, bilangan anak-anak muda yang ‘melekat’ di depan skrin tidak pernah berubah sejak topik tersebut diperdebatkan lima tahun lalu. fa 02.2 Patutkah bayi menonton TV?


Dalam kajian susulan dan sesi berkumpulan pula, ibu bapa ditanya mengapa televisyen dan media elektronik yang lain dipilih. Ketua Penyelidik, Victora Rideout berkata, sebilangan generasi ibu bapa hari ini mendorong penggunaan televisyen, permainan video dan komputer sejak awal usia anak lagi. “Ibu bapa ini berkata, televisyen mengajar mereka bagaimana untuk berkongsi dan memudahkan pembelajaran ABC anak-anak. Televisyen juga memberi ibu bapa ruang dan masa untuk memasak dan mandi. Mereka menjadikan televisyen sebagai ganjaran untuk membantu menidurkan anak,” katanya. Biarpun sesetengah ibu bapa mengehadkan rancangan menakutkan atau permainan video yang melampau untuk tontonan anak, terdapat juga generasi muda yang langsung tidak mengambil peduli. “Bagi mereka, ia bukan sesuatu yang menakutkan. Sebaliknya, anak kecil saya juga teruja menemani saya menonton rancangan CSI: Crime Scene Investigation,” jelas seorang ibu. Meskipun terdapat juga kajian yang mengaitkan televisyen (dalam bilik tidur) dengan masalah tidur si anak, rasional di sebaliknya ialah membiarkan anak menonton rancangan kesukaannya sendiri. Kebanyakan pakar bagaimanapun kecewa dengan kenyataan bahawa ibu bapa sebenarnya tidak boleh hidup tanpa televisyen! “Kita hanya memiliki televisyen kira-kira lima dekad lalu. Televisyen tidak ada yang baik atau buruknya. Matlamat sekarang bukan untuk menjurangkan hubungan anak dengan teknologi. Sebaliknya, bagaimana untuk mengoptimumkan pengalaman anak dengan teknologi seperti televisyen,” jelasnya. Kumpulan pakar pediatrik mengesyorkan agar televisyen atau media elektronik lain dihindarkan daripada anak berusia dua tahun ke bawah. Tidak berhasrat dilihat sebagai antitelevisyen, seorang pakar pediatrik, Dr. Daniel Broughton berkata, usia dua tahun adalah tempoh perkembangan paling pantas untuk otak seorang bayi berusia dua tahun. “Jadi, interaksinya dengan hubungan sebenar bersama manusia bukan sesuatu yang boleh diberikan oleh televisyen,” terangnya. fa 02.3 Patutkah bayi menonton TV?

BANYAK kajian menunjukkan televisyen memberi kesan kepada perkembangan minda kanak-kanak.


Sesetengah kajian juga mengaitkan tontonan televisyen pada usia muda boleh menjurus kepada masalah gangguan tumpuan. “Kita ingin ibu bapa mengawasi anak mereka. Satu sebabnya ialah menonton stereotaip etnik dan kelakuan yang buruk dalam televisyen boleh menjadi pengaruh. Jadi, ibu bapa, perlu menerangkan kenapa anak tidak patut meniru apa yang dilihat seratus-peratus,” tambahnya. – AP

-arkibkosmo