Memang rezeki ahad lepas….
Selepas dapat makan kenduri kahwin pada hari ahad yang lepas…. housemate saya
pula ajak makan kat SEOUL GARDEN ONE UTAMA – Dan paling best sekali ialah
dia nak belanja katanya…. syukur ALHAMDULILLAH…
Actually
Housemate saya ajak makan kat SEOUL GARDEN sebab dia tahu selera makan saya
yang makin menjadi-jadi sekarang nie…. so rasa berbaloi la kalau nak bawak belanja
makan kat tempat macam nie kan
Kami sampai kat sini lebih kurang pukul 5.30 petang…. tapi dah penuh dengan orang
di ruang dalam maka terpaksalah duduk kat sebelah luar je…. Dan inilah kali pertama
saya gigihkan diri cuba makan guna chopstik walaupun terkial-kial nak sepit antara dua
jari tue…. hahahahha
Ini adalah pinggan pertama dan kedua saya untuk grill….kiranya semua jenis daging dan
ayam la ( blackpepper , kopi , kimchi ) dan saya ulang lagi untuk kali ketiga dengan
kuantiti yang sama jugak….
Sementara nak tunggu daging dan ayam grill saya masal…. saya jamah sedikit nasi
goreng cina , kuetiow goreng,samosa serta mantao….Maka penuh lagi la perut saya
nie padahal kenyang makan nasi kenduri tak habis lagi….
Yess…
Setiap lauk pauk makanan grill saya tu dimakan bersama balutan salad ( 3 pinggan ) ….
Nampak la macam makanan yang sihat la kan….. cuma tekak saya nie nak jugak cicah
sikit ngan cili sos… sebagai penambah perisa…
Bekas grill kat SEOUL GARDEN di 1 Utama nie memang bagus sebab kurang sangat
melekit…. sebab kalau di sesetengah restoran stimboat grill yang lain….baru sekali kita
guna dah melekat-lekat daging/ayam perapan kita bila digunakan untuk kali kedua… kuah
kitorang amik CHICKEN je….sebab kalau amik TOMYAM or perisa lain kena bayaran
tambahan la pulak…
Setelah lebih kurang DUA jam makan dan kunyah daging/ayam secara berkala dan
berganti-ganti dengan housemate saya…. perut masing-masing terasa penuh so terus
amik aiskrim dan buah-buahan untuk pencuci mulut….
Di sini saya letakkan SENARAI HARGA BUFET SEOUL GARDEN sebagai panduan
kepada kawan-kawan semua sekiranya merancang untuk makan di sini… Selain boleh
buat kira-kira kepada sesiapa yang sudi untuk taja SLOT HAZMAN vs FOOD …hik3x
Bila dah beredar dari SEOUL GARDEN nie… jalan pun tegak jee… maklumlah perut
dah penuh dengan makanan dan minuman….Terima kasih la kepada housemate saya
sebab dah belanjakan lebih kurang rm80++ untuk bufet SEOUL GARDEN nie…
p/s :Saya ;ebih suka makanan grill dan stimboat…..










