Tag Archives: review Iphone 4

iPhone 4 lebih mudah retak – SquareTrade




lu 08.1 iPhone 4 lebih mudah retak   SquareTrade


SAN FRANCISCO 14 Okt. – Sebuah firma yang menjual waranti gajet-gajet mendakwa keluaran telefon pintar terbaru Apple hampir dua kali lebih mudah retak berbanding keluarannya sebelum ini.

SquareTrade yang menganalisis insiden-insiden melibatkan lebih 20,000 model iPhone 4 mendapati skrin telefon pintar itu 82 peratus lebih kerap pecah berbanding iPhone 3G.

“Daripada data untuk tempoh empat bulan sahaja jelas menunjukkan iPhone 4 lebih mudah mengalami kerosakan fizikal berbanding keluaran telefon pintar Apple sebelum ini.

“Walaupun masalah ini semakin meningkat, secara keseluruhan, iPhone masih merupakan pencipta alatan terbaik dengan kadar masalah aplikasi lebih rendah berbanding pengeluar barangan elektronik lain,” kata SquareTrade.

Menurut firma itu lagi, skrin pecah atau retak merupakan kerosakan yang paling banyak dialami oleh iPhone 4.

Telefon pintar terbaru ini mempunyai kaca di bahagian hadapan dan belakang, menyebabkannya dua kali lebih banyak mengalami ‘calar di permukaan’.

Laporan kadar insiden untuk iPhone 4 ialah 68 peratus, lebih tinggi daripada model iPhone 3G.

TradeSquare turut menganggarkan kira-kira 15.5 peratus pemilik iPhone 4 akan mengalami insiden dengan gajet ini sebelum berusia setahun. – AFP

//kosmo///

DiGi iPhone 4 Play




Semenjak kebelakangan ni ramai individu mahupun blogger yang

memperkatakan tentang ciri-ciri terbaru yang ada pada Iphone 4 …..

Setiap dari mereka pastinya mempunyai sebab tersendiri mengapa

mereka tertarik untuk memilikinya…..

Iphone word logo DiGi iPhone 4 Play

Bagi saya ada DUA ciri yang membuatkan saya tertarik dengan Iphone 4 nie….

FACETIME

facetime hero left 20100923 DiGi iPhone 4 Play facetime hero right 20100923 DiGi iPhone 4 Play

Semenjak berkembangnya teknologi telefon menjadi suatu idaman setiap

pengguna untuk membuat panggilan video.Ciri tersebut dijelmakan dalam

Iphone 4 ini.

Dengan satu sentuhan kita boleh berkongsi kisah suka duka dengan

insan yang terS.A.Y.A.N.G.Pastinya senyuman akan terukir tatkala

terpandang wajah yang dirindui secara langsung.

-iklan promo FACETIME Iphone 4-

MULTITASKING

multitasking hero 20100607 DiGi iPhone 4 Play

Ciri terbaru ini membolehkan kita pengguna Iphone 4 menggunakan TIGA

aplikasi secara serentak.Apa yang BAGUS mengenai ciri ini… kita boleh tukar

mana-mana aplikasi yang digunakan ON THE SPOT tanpa sebarang masalah.

Ia juga tidak membuatkan kapasiti bateri Iphone anda berkurangan….

HEBAT …bukan…..

-iklan promo ciri MULTITASKING Iphone 4-

p/s : Suatu kepuasan apabila dapat buat panggilan video ketika berbual