Alhamdulillah ….
Setelah beberapa kali mencari masa pada hari AHAD lepas saya berpeluang
untuk menikmati makanan di Restoran Ayam Kampung di GIANT NILAI…
Sebenarnya kat area situ ade EMPAT LIMA restoran makanan yang menarik
untuk saya buat food review….
Orang tak ramai masa saya pergi restoran nie….
Mula-mula tanggapan saya restoran nie hanya jual AYAM KAMPUNG je…tapi
tidak sama sekali.Bila dilihat pada menu kebanyakan hidangan yang ditawarkan
tidak ubah seperti menu di kedai tomyam.Cuma kalau ayam diorang akan guna
AYAM KAMPUNG laaa…
Sementara saya menunggu pesanan yang telah diorder….
Ada ruang untuk kanak-kanak….
Ruang makan yang selesa untuk pelanggan
Bekas tisu yang menarik perhatian saya….
Set makanan yang saya pesan….. MERIAH KAN…… hehehehe
Air Rambutan Nenas – Bekas minuman yang cantik dan menarik
Nasi Goreng AYAM KAMPUNG
Sup kosong….. MESTI ada….
Telur bungkus….. My favourite…..
AYAM KAMPUNG masak Ungkep – Masakan berempah Melayu Jawa katanya….
Walaupun agak banyak jugak menu yang saya order….tapi berjaya juga saya
habiskan dalam masa 20 minit….Errkkkk….kenyang siot..Overall makanannya
sedap dan sesiapa yang nak rasa masakan ayam kampung memang boleh la
datang ke sini…
Landmarknya amat senang iaitu bangunan bersebelahan GIANT NILAI……
Dan total bil untuk order saya tue…. RM23…okey la dengan lauk yang saya
order tue….Orang kata makan ayam kampung nie bagus sebab takde kadar
lemak …..
p/s : Saya terlupa nak makan telur ayam kampung+ madu…… ngeh3x….














