Tag Archives: rohaizad.com

Tips Tutorial INDEX BLOG (Tanpa Kos )

Semalam FULLTIME BLOGGER yang hebat  En. Rohaizad telah melancarkan

satu ebook mengenai tips blogging secara PERCUMA.Beliau adalah blogger yang

mengajar saya tentang dunia blogging ke peringkat lebih  universal.Ebook

mengenai INDEX BLOG adalah suatu ilmu yang MESTI diketahui apabila kita

blog sendiri…..

header rohaizad dot com Tips Tutorial INDEX BLOG (Tanpa Kos )

Apa yang akan diterangkan di dalam ebook ini?
Mudah sahaja.

Sebenarnya dalam ebook akan diterangkan satu teknik yang dia sendiri lakukan suatu ketika dulu. Mungkin ada yang tidak heran dengan teknik ini, tapi bagi dia… inilah yang membuatkan salah satu blog dia yang paling tua dan yang paling lama “mesra enjin carian” atau dengan bahasa glamernya (friendly search engine).

Bila blog kita dah “mesra alam”, maka dengan mudah blog kita ini di index oleh semua enjin carian. Cuma masalahnya sekarang ni, bagaimana kita nak buat semua search engine dalam dunia ni mesra alam dengan blog kita?

INI JAWAPANNYA…..

cover L Tips Tutorial INDEX BLOG (Tanpa Kos )

Klik DI SINI SEKARANG untuk download ebook yang SIMPLE dan PERCUMA ini !!!

Saya dah baca ebook nie dan ianya memang amat berguna walaupun ianya

tips yang begitu mudah dan simple.Saya sarankan anda semua download lah

ebook ini sekarang secara PERCUMA

>>> KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD EBOOK PERCUMA <<<

P/S: Bro Rohaizad juga seorang jurugambar yang hebat dan mempunyai

kekasih hati yang cun siot…..icon wink Tips Tutorial INDEX BLOG (Tanpa Kos )

Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM




Yeah…. GIVEAWAY untuk bulan OKTOBER….

50 pasang Detox Foot Pad untuk diberikan kepada 50 blogger WANITA sahaja

Caranya mudah sahaja….

Just buat satu post entry khas di blog anda dengan tajuk :-

Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM dan dalam entry tue

link ke blog saya nie – http://hazmanfadzil.com

Detox foot pad1 Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM

Setiap post entry yang telah diupdate sila letakkan link blog anda di ruangan

komen untuk rujukan saya.

50 blogger wanita yang berjaya akan dihubungi melalui email masing2x.

Sungguh MUDAH bukan…. Jangan buang masa – jadilah 50 blogger terawal !!!

p/s : Giveaway untuk 50 blogger lelaki akan diupdate di blog rohaizad.com

Senarai post entry :

-http://www.anastasiaann.com/saya-nak-detox-foot-pad-dari-hazmanfadzil-com/

-http://beautybimbo.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://www.makdaraterdiva.com/2010/10/saya-nak-detox-food-patch-dari-hazman.html

-http://atiaadina.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://shashabee.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://zaiikulim.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://amiramastura.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://nettskerepek.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://seindahfarhana.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://norazwa50.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://cicakgirls.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://tiefazatie.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://ogy2112.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://crochetkakngah.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://myapeapeaje.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://babykristallove.blogspot.com/2010/10/detox-foot-pad-untuk-wanita.html

-http://salmiahehehe.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://nureimi.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://strawberry-lynn.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://inniqmal.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://gengggkapak.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://inahasan.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://aarin-luv-contest.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-dari.html

-http://aindancontest.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://eima-contest.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://www.afrayuri.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://ibuhadif.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://kakisaizlapan.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://belog-newbie.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://nisa-akunakkurus.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://stormz-iylia.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://mimie-omx.blogspot.com/2010/10/aya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://chokkelat2605.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://fatiehah.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://duniakecilkuyanghijau.blogspot.com/2010/10/detox-foot-pad-dari-hazmanfadzilcom.html

-http://sanasinicontest.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://segalanyerkuterima.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://tungkukayu.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://misznoor.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://jieda79.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://liyanadiabu.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-food-pad-dari.html

-http://maziesaka.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://ainielie.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://canteek-selalu.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://hanyagiveawaycontest.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://illafira.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://talkisaid.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://usharapa.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

-http://whywhylovenad.blogspot.com/2010/10/saya-nak-detox-foot-pad-dari.html

Blog jana pendapatan sampingan




in 06.1 Blog jana pendapatan sampingan

TERDAPAT pelbagai cara untuk pemilik blog menjana pendapatan melalui blog. – Gambar hiasan

PENGARUH blog dalam dunia siber tidak dapat disangkal lagi. Jika dahulu media cetak seperti akhbar dan media elektronik seperti televisyen menjadi kaedah utama penyebaran informasi, kini blog berjaya mendahului kedua-dua media arus perdana tersebut.

Keupayaannya untuk menyampaikan maklumat dengan pantas dan boleh diakses dari segenap pelusuk dunia menjadikan media alternatif itu antara sumber rujukan utama masyarakat hari ini.

Sama ada sesebuah laman itu menjadi wadah meluahkan perasaan, berkongsi ideologi politik, mahupun bersifat akademik, blog telah mengubah landskap dunia penyampaian berita.

Syarikat korporat turut mengadaptasi blog sebagai medium penting bagi mendekati kakitangan dan pelanggan seperti yang diperkenalkan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

Internet marketing atau pemasaran menerusi Internet terbukti membantu meningkatkan jualan sesebuah syarikat yang dahulunya bergantung kepada pengiklanan konvensional.

Blog mempunyai keupayaan membantu penjenamaan sesebuah produk atau perkhidmatan melalui Internet. Ia secara tidak langsung boleh mengubah tanggapan umum tentang sesebuah jenama dan membentuk keyakinan yang tinggi.

Namun, masih ramai yang tidak menyedari akan potensi blog dalam menjana pendapatan sama ada secara sampingan mahupun sepenuh masa.

Menyedari keadaan itu, seorang blogger sepenuh masa, Rohaizad Jumat, 31, mengambil inisiatif memberikan pendedahan kepada umum menerusi Seminar Asas Blogging pada 29 Mei yang lalu bertempat di Hotel Sri Malaysia, Johor Bahru, Johor.

Para peserta didedahkan tentang bagaimana menghasilkan blog pertama, konsep asas sebuah blog dan panduan memilih domain bagi mereka yang ingin serius dalam dunia blogging. Pemilihan tema sesebuah blog juga turut dititik beratkan bagi memastikan blog kelihatan menarik dan profesional.

Rahsia bagaimana blog boleh membantu menjana pendapatan melalui ruang iklan atau banner, program affiliate, perkhidmatan review daripada pemilik blog serta program-program pengiklanan lain seperti Advertlets dan Nuffnang juga dikongsi bersama para peserta.

Selain itu, mereka turut diajar bagaimana menyertai program PPC atau Pay Per Click seperti Google Adsense dan Chitika yang terbukti menghasilkan pendapatan terutamanya bagi blog yang mempunyai bilangan pengunjung yang tinggi yang mana pembayaran dibuat berdasarkan jumlah klik pada pautan iklan di blog.

Program PPI atau Page Per Impression turut diperkenalkan kepada para peserta. Pembayaran program itu pula dibuat mengikut jumlah trafik ke blog dan jumlah laman yang dilihat dalam sesebuah blog.

Selain itu, mereka turut diperkenalkan dengan program Paid to Post yang membayar pemilik blog untuk meletakkan artikel atau blogpost yang disediakan oleh penyedia khidmat program tersebut.

Satu lagi sumber pendapatan yang boleh dijana melalui blog ialah dengan menjual text link ads atau pautan pada artikel pada blog bagi tujuan SEO yang sememangnya mempunyai permintaan tinggi setiap hari di Internet.

Bayangkan dengan meletakkan pautan kepada laman sesebuah produk atau perkhidmatan syarikat lain untuk tempoh setahun, pemilik blog boleh meraih sehingga ratusan ringgit. Maklumat lanjut berkaitan seminar itu boleh diperoleh melalui laman www.seminarblogging.com.

-kosmo

Rezeki urusniaga domain




Mahu mengetahui bagaimana menjana pendapatan menerusi domain? Ia antara bisnes menguntungkan zaman ini.

in 01.1 Rezeki urusniaga domain


PAUTAN iklan juga menambahkan lagi pendapatan daripada domain.UMUM mengetahui domain sebagai nama unik yang diberikan sebagai pengganti deretan nombor atau lebih dikenali sebagai alamat IP bagi memudahkan pengguna mengakses sesebuah laman web tanpa perlu mengingati alamat IP sebenarnya.

Namun tahukah anda, domain kini juga dianggap sebagai satu bentuk pelaburan yang amat menguntungkan menandingi pelaburan hartanah yang telah wujud sejak sekian lama.

Usah terkejut sekiranya mendengar domain dibeli atau terjual dengan harga sehingga jutaan ringgit. Business.com merupakan salah satu domain yang pernah mencatat rekod jualan dengan harga yang mencecah jutaan ringgit. Namun, ramai yang masih tidak mengetahui selok belok perniagaan domain ini.

Secara umumnya, terdapat dua kaedah bagi mendapatkan domain. Kaedah pertama yang lazim ialah menerusi pembelian domain baru yang belum berdaftar. Seseorang perlu terlebih dahulu melakukan carian di laman web pendaftar domain seperti di Godaddy.com. Domain yang dibeli terus ini lazimnya lebih murah (kecuali domain khusus tertentu) berbanding domain yang pernah berdaftar. Kaedah ini tidak melibatkan sebarang proses perundingan dengan mana-mana pihak.

in 01.2 Rezeki urusniaga domain

ROHAIZAD JUMAT


Kaedah kedua ialah dengan membeli secara terus daripada tuan punya domain. Ini dinamakan Domain Aftermarket, atau domain yang telah dibeli dan didaftarkan atas nama tuan punya tadi.

Biasanya kaedah ini melibatkan proses perundingan harga dengan pemilik domain. Harga domain yang dibeli terus boleh mencecah ribuan malah jutaan ringgit sekiranya domain tersebut mempunyai nilai-nilai tertentu yang berhubung kait dengan pihak yang ingin mendapatkannya. Demikian menurut Rohaizad Jumat, 29, yang telah lebih tiga tahun berkecimpung dalam aktiviti jual beli domain ini.

Jelas Rohaizad lagi, terdapat juga laman web yang menyediakan Aftermarket Sales atau himpunan domain yang telah didaftarkan tetapi ingin dijual oleh pemiliknya. Hanya gunakan fungsi carian untuk mencari domain yang dihajati. Jika berminat, anda boleh memasukkan harga tawaran dan seterusnya berbincang mengenai tawaran belian dengan pemilik domain tersebut.

Pernah bergelar seorang pengusaha makanan, beliau kini hanya menumpukan pada perniagaan berasaskan internet sahaja. Perniagaan domain yang kini menjadi salah satu sumber pendapatannya jelas membuahkan hasil apabila beberapa domain miliknya terjual dengan harga yang agak tinggi.

“Walaupun jualan domain saya belum mencecah nilai puluhan ribu ringgit, tetapi saya berpuas hati kerana ada di antara domain tersebut yang saya beli pada harga yang tidak sampai RM50, tetapi berjaya dijual hingga ratusan dolar Amerika,” ujarnya lagi.

Faktor-faktor seperti panjang sesuatu domain dan popularitinya meletakkan nilai sesebuah domain itu. Selain itu, populariti sesebuah perkataan yang digunakan sebagai domain turut menentukan nilainya. Sebagai contoh; PC.com mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding PersonalComputer.com. Nilai domain juga boleh dianggarkan menerusi laman web penilai seperti SwiftAppraisal.com.

in 01.3 Rezeki urusniaga domain

HARGA domain boleh mencecah sehingga jutaan dolar.

Selain jual beli domain, terdapat beberapa cara lain berkaitan domain yang boleh menjana pendapatan. Pemilik domain boleh meletakkan domain di bawah program PPC Parking. Setiap kali pelawat mengklik pada pautan yang terdapat di laman ini, pemilik domain akan mendapat sedikit bayaran yang diperoleh daripada penaja iklan dalam laman tersebut. Antara Parking Provider yang popular adalah seperti Afternic.com, Fabulous.com dan Sedo.com.

Pemilik domain juga boleh mendaftar dengan program Affiliate Advertising dan memilih iklan yang boleh menarik perhatian pengunjung. Menerusi program ini, pemilik domain akan mendapat bayaran dalam bentuk komisen sekiranya ada di kalangan pengunjung yang membuat pembelian ketika berkunjung ke laman anda.

“Aktiviti jual beli domain memerlukan kesabaran dan ketelitian. Ada kalanya saya bersengkang mata sehingga jam tiga pagi semata-mata mencari domain yang sesuai untuk dimiliki,” ujarnya yang turut merupakan pemilik IzadBlogNetwork.com, penyedia perkhidmatan laman web murah yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Ditanya apakah wujud risiko dalam urusniaga ini, Rohaizad menjelaskan, “Sebenarnya apa juga bentuk perniagaan mempunyai risiko tersendiri. Apa yang penting ialah bagaimana kita menguruskan serta meminimakan risiko. Cara terbaik, berurusanlah dengan mereka yang terbukti rekod urusniaganya. Elakkan daripada berurusniaga dengan mereka yang baru sehari dua mendaftar tetapi terus membuat urusniaga.”

Urusniaga domain turut boleh dilakukan di forum komuniti maya seperti di DNForum.com, Namepros.com, Digitalpoint.com dan Domainstate.com. Di sini, para pemilik dan golongan yang berminat untuk mendapatkan domain akan berbincang serta melakukan urusniaga secara terus dengan pemilik dan tidak melalui agen atau broker.

“Ada juga domain yang mempunyai nilai yang tinggi disebabkan ia mempunyai Page Rank atau kedudukan dalam internet. Page rank ditentukan oleh laman web yang melakukan pengindeksan terhadap populariti sesebuah laman web itu. Semakin popular, maka semakin tinggilah nilainya,” tambah Rohaizad lagi.

Namun begitu, dalam keadaan tertentu, penilaian terhadap domain tidak boleh diukur melalui kaedah-kaedah di atas. Ini kebiasaannya berlaku apabila sesebuah domain itu benar-benar dikehendaki oleh sesebuah organisasi atau orang perseorangan atau end user. Harus diingat syarikat besar ataupun hartawan sanggup berbelanja besar demi memastikan domain yang mereka inginkan, lazimnya berkait rapat dengan mereka, diperolehi.