BLOGGER mohon masa fail pembelaan




KUALA LUMPUR 22 Feb. – Blogger Amizudin Ahmat telah memohon diberikan masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan berhubung kes saman fitnah yang dikemukakan terhadapnya oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Berikutan permohonan yang dikemukakan pada 17 Februari lalu, permohonan injunksi inter-parte (kedua-dua pihak) yang sepatutnya didengar hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof telah ditangguhkan.

HEADER sharpshooter BLOGGER mohon masa fail pembelaan

Mahkamah pada tarikh tersebut turut menetapkan sebutan permohonan injunksi itu pada 21 Mac ini.

Pada 2 Februari lalu, Rais selaku plaintif memperoleh injunksi yang memerintahkan supaya Amizudin yang dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan saman itu menarik balik artikel yang memfitnah beliau daripada laman blognya.

Selain itu, Hakim Zabariah membenarkan permohonan plaintif menghalang Amizudin, 42, atau ejennya daripada terus menyiarkan artikel berbaur fitnah itu sehingga permohonan injunksi inter-parte didengar.

Plaintif memfailkan writ saman dan injunksi tersebut pada 31 Januari lalu melalui firma guaman, Tetuan Shafee & Co.

Dalam pernyataan tuntutan, Rais yang berusia 69 tahun menyatakan, pada 28 Disember tahun lalu, Amizudin sama ada secara sendiri mahupun melalui ejen-ejennya telah menyebabkan satu penerbitan artikel bertajuk ‘Hei Pak Menteri… mana mau lari…’

Menurut plaintif, artikel itu yang mengandungi perkataan palsu dan fitnah, ditulis dengan niat jahat berserta gambar plaintif telah dimuatkan di http://sharpshooterblogger.blogspot.com

/// utusanmalaysia ////

177 total views, no views today