Berat berlebihan panjangkan umur manusia




ke 02.1 Berat berlebihan panjangkan umur manusia

TIADA kebaikan yang ditemui dari segi kesihatan dan gaya hidup mereka yang menghidap obesiti.


SELAMA ini kita diberi peringatan tentang bahaya memiliki berat badan berlebihan. Sebuah kajian yang dijalankan di Australia sebaliknya mendapati golongan yang berumur 70 tahun ke atas yang memiliki berat badan berlebihan memperoleh jangka hayat tambahan sehingga 10 tahun lebih lama berbanding mereka yang sebaya dengan berat badan normal.

Kajian terbitan 28 Januari lalu di dalam Journal of the American Geriatrics Society itu bertentangan dengan kajian asal yang mencadangkan memiliki berat badan berlebihan mengundang pelbagai jenis penyakit, termasuk penyakit jantung.

“Kajian kami mencadangkan mereka yang berumur 70 tahun dan memiliki kesihatan yang baik berdepan dengan set risiko dan kebaikan yang berbeza mengikut jumlah lemak dalam tubuh berbanding golongan yang lebih muda,” kata ketua pengkaji di Universiti Australia Barat, Leon Flicker.

ke 02.2 Berat berlebihan panjangkan umur manusia

KAJIAN mendalam terhadap tahap berat badan perlu diperhalusi mengikut keadaan kesihatan terkini.

Flicker dan pasukannya menghabiskan masa selama sedekad untuk mengumpul data kesihatan lebih 9,200 warga Australia berumur antara 70 hingga 75 tahun pada 1996 ketika kajian itu dimulakan. Australia berada pada kedudukan negara ketiga paling tinggi penghidap obesiti di dunia selepas Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Kajian itu memperhalusi berat badan berlebihan dan tahap obesiti berdasarkan indeks jisim tubuh (BMI), ukuran yang mempertimbangkan berat badan dan ketinggian. Empat kategori berat yang digunakan dalam kajian itu termasuklah berat badan kurang, berat badan normal, berat badan berlebihan dan obesiti.

Orang yang memiliki berat badan berlebihan berdepan dengan 13 peratus lebih rendah risiko kematian berbanding mereka yang memiliki berat badan normal.

Bagaimanapun, tiada kebaikan ditemui pada mereka yang menghidap obesiti.

Pengkaji juga mendapati pekerjaan yang lebih banyak dilakukan dalam posisi duduk menggandakan risiko kematian bagi wanita dan meningkatkan satu suku risiko bagi lelaki.

Susulan daripada penemuan itu, pengkaji mencadangkan sudah tiba masanya sistem yang menentukan sama ada seseorang itu memiliki berat badan berlebihan dan obesiti dinilai semula.

-kosmo

122 total views, 1 views today

INFO untuk anda…..

Sarapan yang membina otot

WALAU bagaimana sibuk dan tergesa-gesa pun rutin pagi anda, cubalah untuk mengambil sarapan yang sihat. Pakar nutrisi menyarankan gandingan tiga biji telur, sepotong buah dan semangkuk bijirin gandum sebagai kombinasi terbaik protein dan karbohidrat.

ke 02.1 INFO untuk anda.....


Jika biasa memulakan pagi dengan bersenam, seseorang perlu mengambil protein dan karbohidrat kira-kira 30 hingga 60 minit sebelum memulakan senaman. Meskipun percaya pada tenaga yang diberikan dalam segelas jus buah dan serbuk minuman zat, makanan berprotein dan karbohidrat diperlukan juga.

Salah satu sebab utama dua sumber itu penting sebelum memulakan senaman adalah supaya otot mendapat nutrisi yang diperlukan sepanjang aktiviti fizikal. Bersenam meningkatkan aliran darah. Maka, apabila nutrisi mencukupi, peredaran darah itu akan membawa segala zat untuk digunakan bahagian tubuh yang memerlukan.

EKSTRA: Karbohidrat dalam jumlah yang sedikit membantu menyimpan tahap glikogen dalam hati dan ini membekalkan otot dan otak dengan ‘makanan’ yang diperlukan untuk ia berfungsi dengan baik. Sertakan juga buah-buahan atau sayuran dalam sarapan.

Pokok redakan resah

MUNGKIN ini pilihan semula jadi bagi mereka yang bosan mengambil pil dan ubat-ubatan hospital untuk menangani gangguan keresahan.

Spesies pokok dengan nama saintifik Piper methysticum dikenal pasti dapat memperlahankan aktiviti minda dan mengurangkan tekanan dan keresahan akibat kerja di pejabat, sekolah mahupun keresahan akibat cabaran bersosia.

ke 02.2 INFO untuk anda.....


Pokok yang dikenali sebagai Kava kava ini mudah ditemui di banyak negara pulau Polynesia termasuk Hawaii dan telah digunakan sejak berzaman lamanya sebagai herba mujarab.

Pada zaman dahulu, pokok yang mempunyai daun dan batang yang besar dan hijau ini dipercayai dapat mengurangkan kesan toksik akibat masalah pemakanan.

Namun, satu-satunya bahagian yang dimanfaaatkan pada pokok ini bagi tujuan perubatan adalah pada akarnya.

-kosmo




72 total views, 1 views today