
Apabila saya dapat pergi ke MALAM PRA TONTON FILEM LAGENDA BUDAK SETAN 2
rasanya macam tak lengkap kalau tak diberikan sedikit review mengenai filem ini….

Mengisahkan KASYAH ( Farid Kamil ) yang meneruskan kehidupan setelah kematian
isteri tercinta – AYU … lebih kurang enam bulan berlalu KASYAH bertemu dengan
KATERINA dalam LRT secara tidak sengaja semasa menghantar anaknya ATHIRAH pergi
check up di klinik…. Maka dari situ bermula kembali putik kemesraan mereka berdua
sampai pergi business trip ke BHUTAN ( cantik negara tue )
Mereka berdua bercadang nak berkahwin – tapi disyaratkan oleh bapa KATERINA untuk
bertunang selama TIGA TAHUN kononnya untuk membolehkan KATE uruskan syarikat
keluarga di AFRIKA SELATAN…..

Dalam pada masa itu ZAHIRAH ( LANA NORDIN yang seksi ) telah diupah untuk
menggoda KASYAH sepanjang ketiadaan KATERINA di pejabat tempat mereka bekerja…..
Dengan menggunakan ASET MAHAL BELIAU - Zahirah telah berjaya menjadikannya
sebagai bahan bukti bahawa mereka mempunyai SKANDAL…. ( Memang sempoi laaa )

Berita tersebut disampaikan oleh bapa KATE – terus pulang dari ofis ARIKA SELATAN dan
merasakan amat kecewa dengan situasi itu….Lantas ambil jalan pintas untuk hilangkan
kedukaan dengan mengahwini HISYAM yang psiko ….Namun tidak benarkan HISYAM
bersama selama TIGA BULAN….. yang akhirnya buatkan KATE nekad nak bercerai
dengan HISYAM yang dikahwininya bukan atas dasar cinta….

Keadaan semakin menduga kesabaran KASYAH apabila abangnya mati dalam suatu
kemalangan dan ATHIRAH ( anak perempuan KASYAH ) pula meninggal dunia akibat
penyakit kuku dan mulut….membuatkan KASYAH bersendirian….

Untuk melihatkan apa yang berlaku antara KASYAH dan KATERINA anda kenalah terjah
ke panggung wayang berdekatan untuk menonton sendiri cerita ini….Apakah ada harapan
untuk mereka hidup bersama ?
KOMEN RINGKAS – PENDAPAT PERIBADI
- Soundtrack filem kali ni kurang power macam PART 1
- Pergolakan antara KATE dan HISYAM agak kurang feel….
- PALING DIGEMARI ialah aksi ZAHIRAH GODA KASYAH ( menarik sungguh adegannya )
- Lakonan Bront Palarae memang best sebagai antagonis
- Anda akan berpeluang nak tengok PART 3 – sambungan filem kali nie
p/s : Teringin nak jumpa LANA NORDIN ini person….. ngeh3x


