Tag Archives: skype

Kamera web antisilau




in 04.1 Kamera web antisilau

DENGAN kamera web PK-810G, imej yang diperoleh lebih jelas untuk dikongsi bersama teman.


HANYA mendengar suara tentu sekali tidak dapat memberi kepuasan maksimum apatah lagi berhubung dengan orang tersayang ketika berada berjauhan daripada mereka.

Menatap wajah mereka pasti akan memberi seribu makna apabila dapat menghilangkan sedikit perasaan rindu tatkala terikat dengan jadual kerja yang padat mahupun ketika melanjutkan pengajian di perantauan.

Menyedari keperluan itu, syarikat pengeluar peranti komputer peribadi, A4 Tech memperkenalkan kamera web model PK-810G dalam memberi pengimejan lebih jelas dan memukau apabila digunakan bersama komputer peribadi atau komputer riba.

Model PK-810G yang didatangkan bersama penyalut skrin antisilau dapat menghindari gangguan pantulan apabila pengguna menggunakan kamera web mereka.

Dalam pada itu, teknologi tersebut juga mampu menjana imej lebih cerah dengan warna yang cukup sempurna untuk memberi kepuasan kepada pengguna apabila berhubung bersama orang tersayang atau pun ketika melakukan tugasan mereka.

Lebih menarik lagi, kamera web terbaru yang mempunyai resolusi sehingga 16 megapiksel itu dapat memberi imej berkualiti tinggi walaupun berada dalam suasana pencahayaan rendah.

Tiub fleksibel yang digunakan kamera web itu turut dapat diputarkan sehingga 360 darjah. Ini bermakna pengguna dapat menggunakan kamera web tersebut dengan lebih bebas tanpa berasa bimbang tidak kelihatan imej ketika sedang berbual-bual.

Pengguna yang kreatif pula, boleh mencuba menggunakan efek magis disediakan dalam kamera web tersebut untuk memastikan personaliti mereka lebih bergaya dan ceria.

Kamera web yang mempunyai kelajuan USB 2.0 itu mudah digunakan di mana-mana sahaja kerana pengguna hanya perlu memasangnya tanpa perlu menggunakan pemacu perisian.

Model PK-810G kini boleh diperoleh pada harga RM99. Untuk keterangan lanjut mengenai produk terbaru ini boleh melayari laman web www.vertex.com.my.

/// kosmo ///

Komunikasi premium dan eksklusif



me 01.1 Komunikasi premium dan eksklusif

XPERIA X2 ditampilkan dengan fungsi eksklusif untuk aplikasi personal dan profesional.



FUNGSI cemerlang bagi segmen telefon bimbit pintar Sony Ericsson XPERIA sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Bermula dengan XPERIA X1 yang hadir mencuri tumpuan pengguna pada penghujung tahun 2008, syarikat berkenaan baru-baru ini telah memperkenalkan model XPERIA X2 pula. Menerusi tawaran teknologi dan reka bentuk yang sofistikated, model itu dilihat mampu memperkukuhkan lagi sambutan terhadap portfolio berkenaan. Menurut Pengurus Besar Sony Ericsson Malaysia, Alex Wong, fungsi versatil XPERIA X2 bakal melengkapkan keperluan pengguna bagi aktiviti profesional dan juga personal. ”Memandangkan permintaan terhadap telefon bimbit pintar hari ini mengalami pertumbuhan yang sangat pantas, pengenalan XPERIA X2 adalah tepat pada masanya,” katanya pada taklimat media yang yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. XPERIA X2 mempunyai kelebihan didatangkan bersama sistem operasi Windows Mobile 6.5 untuk fungsi kawalan kerja yang lebih fleksibel. Menerusi aplikasi unik SlideView pula, pengguna boleh mengakses kesemua aktiviti telefon bimbit seperti panggilan keluar dan masuk, emel, mesej, kalendar, nombor panggilan dan sebagainya secara pantas. Dari segi paparan, ia dilengkapi panel sesentuh resolusi tinggi tiga dimensi (3D) bersaiz 3.2 inci yang boleh ditukar mengikut tema pilihan pengguna. Lebih menarik apabila paparan skrin utamanya boleh bertukar secara automatik berdasarkan hari dan masa yang telah ditentukan oleh pengguna. Untuk itu, telefon bimbit berkenaan menawarkan 14 rekaan panel istimewa seperti Skype, Mytopia, Googles, CNN dan Windows Live selain 16 panel lagi boleh diperolehi secara muat turun. Walau bagaimana pun, telefon bimbit tersebut masih mengekalkan fungsi gelongsor tepi yang unik untuk untuk capaian pantas kepada papan kekunci QWERTY. Bagi keupayaan multimedia pula, XPERIA X2 disempurnakan bersama kamera 8.1 megapiksel dengan teknologi pemfokusan auto digital 16 kali. Spesifikasi lain yang ditampilkan adalah seperti sokongan kad memori microHD sehingga 16 gigabit (GB), sambungan Bluetooth, Wi-Fi, USB dan slot kabel televisyen. XPERIA X2 yang ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan silver itu kini boleh diperolehi daripada pengedar sah dengan harga RM2,799. -utusanmalaysia

promo sony ericson – xperia x2