Tag Archives: SMS raya

SMS HARI RAYA AIDILFITRI Tahun 2011




Kalau semalam saya bercerita mengenai SMS SAHAJA dapat membantu

untuk meningkatkan trafik blog sewaktu kadar pembacaan yang AMAT

KURANG di kalangan pengunjung di musim perayaan yang besar….

Hari ni saya nak share pulak SMS HARI RAYA AIDILFITRI yang saya

dapat pada tahun ini pula….

5032730860 c23cfcd518 SMS HARI RAYA AIDILFITRI Tahun 2011

Takde la banyak mana pun SMS HARI RAYA AIDILFITRI yang saya

dapat ….cumanya rasa seronok dihati sebab ada jugak yang sudi nak

hantar SMS HARI RAYA AIDILFITRI nie sebagai tanda ingatan pada

diri saya…..

Jom kita tengok….

-SMS PERTAMA

Rabu cari Khamis & Jumaat nak bagitahu Sabtu & Ahad supaya ingatkan

Isnin yang HARI SELASA nie dah RAYA….

Sesuai untuk diolah bagi pelbagai perayaan…..

-SMS KEDUA

Gemersik takbir mengundang hiba

Salam diutus tanda ingatan

Syawal dinanti menjelang tiba

Salam diutus pohon kemaafan

-SMS KETIGA

Biar kulit segelap ALMOND LONDON….

Asalkan hati seputih KUIH BANGKIT…

Biar iman sekental DODOL….

Jangan senipis REMPEYEK…

Biar jiwa selembut BAHULU….

asalkan akhlak secantik BISKUT MAMA CARRIE…

Senyumlah semanis WAJIK agar Aidilfitri yang disambut

lebih bermakna…

-SMS KEEMPAT ( dari A.Y.A.N.G )

Gema takbir memuji Ilahi

Petanda bermula Aidilfitri

Sms dikirim pengganti diri bukan nak lupa adat & tradisi

Tapi ikut teknologi dihujung jari

Ampun dan maaf seandainya….

TERkasar bahasa

TERsilap bicara

TERtanya yang tak tentu hala

TERsasul yang tak sengaja

TERmoody tak semena-mena

TERumpat bila-bila dengan sengaja

TERmarah yang tak kena

SEMOGA DIMAAFKAN…..

 

So itu sahajalah koleksi SMS HARI RAYA AIDILFITRI yang saya dapat

pada tahun nie….Lain-lain tu lebih kepada ucapan kad raya yang telah

di tag kan di FACEBOOK….hohoho…..


 

 

 

Koleksi SMS HARI RAYA AIDILFITRI




Owh nampaknya minggu nie masih lagi ada MOOD HARI RAYA…..

Saya masih lagi menerima jemputan open house tak kira hari bekerja mahupun weekend

Namun aper yang menarik bila time raya dua tiga menjak ialah tentang kewujudan

SMS HARI RAYA sebagai pengganti KAD RAYA

5032730860 c23cfcd518 Koleksi SMS HARI RAYA AIDILFITRI

sumber

Di sini saya kongsikan bersama koleksi SMS RAYA yang saya dapat :

ABANG LONG

-Hina besi kerana karat

Hina kayu kerana berkulat

Ampun & maaf dipohon erat

Moga hari raya bertambah berkat

NORA & CIKO

Salam buat sahabat dan kenalan

Dengan rendah hati diri ini menyusun 10 jari

meminta maaf  jika ada perbuatan atau percakapan

yang menyinggung perasaan

MR KUMAR

Wishing you and your family SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

KHAIRUL ANUAR ( A’AN)

Roti sebuku petai sepapan

Daun ketupat daun palas

Sms pengganti kad ucapan

Tanda ingatan tulus ikhlas

IJAM

Walau jauh bukan halangan

Sms dihantar tanda persahabatan

Kupohon maaf selamat berkawan

Salam Aidilfitri tanda ingatan

EUGENE YIN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Best wishes to you and your family

S.A.Y.A.N.G

Sebening air wuduk

Sesuci Al-quran

Semerdu alunan zikir

Seindah solat 5 waktu

Setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam

Jika tanganku tak sempat berjabat

Jika muka tak sempat bertatap

Bukalah pintu maaf untukku di bulan yang mulia

========================================================

Hmmmm….. baru la saya perasan rupa-rupanya SMS RAYA

adalah lebih kepada versi pantun empat kerat… Tak kisah la kan

Yang penting orang memberi itu sentiasa ingat kat diri kita nie…..

p/s : Bila dah ade koleksi nie boleh guna untuk time HARI RAYA AIDILADHA nanti kan….. hik3x