Tag Archives: sperma

Inovasi produk TERBARU

Kit uji kesuburan lelaki

JIKA sebelum ini, hanya wanita yang mempunyai kit ujian kesuburan di rumah bagi menguji kehamilan, saintis-saintis di Taiwan kini mencipta satu inovasi baru.

Mereka melaporkan baru-baru ini yang mereka telah mencipta kit ujian di rumah bagi menguji kesuburan lelaki. Ia mengukur efisiensi sel sperma iaitu faktor penting bagi menentukan keupayaan seseorang lelaki itu menjadi bapa.

in 08.1 Inovasi produk TERBARU

SAINTIS Taiwan mencipta kit ujian kesuburan lelaki bagi mengukur pergerakan sel sperma.


Kit itu yang dibangunkan di National Taiwan University, memberikan ukuran berangka bagi mengukur pergerakan sel sperma untuk sampai ke telur.

“Ketidaksuburan sering disebabkan oleh gaya hidup, seperti stres atau pengambilan tembakau. Jadi, jika manusia mengubah gaya hidup mereka, mereka akan boleh menggunakan kit ini untuk memantau perkembangan tahap kesuburan mereka,” kata Andrew Wo, ketua bagi kumpulan penyelidikan itu.

Produk yang hampir sama yang direka khas untuk kegunaan di rumah sudah terdapat di pasaran, tetapi fokus mereka setakat ini hanya pada kuantiti sel sperma, bukan pada kualiti. Demikian menurut Wo dan rakan-rakannya yang membangunkan kit terbaru itu.

Wo menjangkakan kewujudan produk itu juga akan mengukir senyuman di bibir isteri-isteri yang merasakan mereka dipersalahkan apabila gagal hamil.

“Mungkin isteri-isteri itu berfikir yang ia bukan salah mereka. Mereka boleh membeli kit ini untuk suami mereka bagi membuktikan yang mereka di pihak yang benar,” kata Wo.

Katil robotik

SYARIKAT elektronik gergasi Jepun, Panasonic

baru-baru ini telah mendedahkan ciptaan terbaru mereka iaitu katil robotik yang boleh diubah menjadi kerusi roda.

in 08.2 Inovasi produk TERBARU

KATIL robotik yang boleh diubah menjadi kerusi roda adalah hasil ciptaan terbaru syarikat pengeluar barangan elektronik Panasonic.


Katil robotik yang boleh berubah daripada katil kepada kerusi roda itu telah didedahkan menerusi foto.

Ia membolehkan pengguna tetap berasa di atas katil atau kerusi roda ketika transformasi berlaku. Ia membuatkan kehidupan manusia lebih mudah terutamanya bagi warga emas dan orang kurang upaya.

Jepun merupakan salah sebuah negara yang memiliki populasi warga tua terbesar.

Peranti mobiliti peribadi

SYARIKAT pemotoran, Honda Motor Co baru-baru ini telah mempertontonkan peranti mobiliti peribadi terbarunya yang dinamakan U3-X. Peranti berbentuk kenderaan itu telah didedahkan kepada umum pada satu majlis di ibu pejabat syarikat tersebut di Tokyo, Jepun.

in 08.3 Inovasi produk TERBARU

U3-X boleh dipandu dalam tempoh satu jam dengan kelajuan maksimum 6 kilometer sejam.

in 08.4 Inovasi produk TERBARU

U3-X dilengkapi dengan sistem pemanduan omni-directional.



U3-X dilengkapi dengan sistem pemanduan omni-directional. Dengan itu, ia boleh melaraskan kelajuan dan pergerakan untuk mengubah haluan dan berhenti pada kesemua arah.

Mempunyai ketinggian 65 sentimeter, kenderaan dengan bateri binaan dalaman itu mempunyai berat kurang daripada 10 kilogram. Ia boleh dipandu dalam tempoh satu jam dengan kelajuan maksimum 6 kilometer (km) sejam dengan cas bateri selama satu jam setengah.

-kosmo




Tips SENANG HAMIL – 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera my FRIEND,

Bagaimana dengan TIPS saya sebelum ini? diharapkan ia mampu membantu anda dalam usaha mendapat zuriat.

Ok baiklah, mari kita teruskan dengan pelajaran kedua untuk hamil. Kali ini saya akan membincangkan waktu terbaik untuk senang hamil.

Anda akan mendapat kehamilan apabila ovum dan sperma disenyawakan. Tanpa ovum kehamilan tidak akan berlaku. Begitu juga dengan sebaliknya.

Tetapi ovum hanya keluar sekali dalam satu kitaran haid. Jika hubungan seksual dilakukan ketika ovum tidak dirembeskan maka mustahil anda akan dapat kehamilan.

Jadi kita perlu tentukan masa yang terbaik untuk ovum keluar supaya mudah disennyawakan bersama sperma. 
Ramai orang menyangka hari ke-14 selepas hari pertama datang haid adalah waktu subur. Waktu dimana ovum dirembeskan. Tapi mereka silap!

Hari ke-14 selepas hari pertama datang haid itu dianggap waktu subur jika wanita itu mempunyai kitaran haid selama 28 hari. Tetapi tidak ramai wanita mempunyai waktu kitaran haidnya adalah 28 hari. 
Oleh itu kita tidak boleh menggangap waktu subur seseorang wanita itu adalah hari ke 14 selepas hari pertama datang haid.

Tidak ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Sebab itulah sukar untuk mereka mendapat kehamilan.

Seharusnya kita perlu menguji bilakah waktu yang subur untuk diri kita.  Dengan itu peluang untuk mendapat kehamilan adalah tinggi.

Terdapat pelbagai cara untuk mengesan kesuburan. Antaranya adalah dengan perubahan pada diri kita dan juga dengan mengesan secara menggunakan alat tertentu.

MY FRIEND, dalam ebook senang hamil  ada didedahkan pelbagai cara untuk kita mudah mengesan waktu subur kita. Dengan ini, peluang untuk kita hamil adalah tinggi.

Jika anda berminat, boleh dapatkan ebook berkenaan pada laman web ini:

www.senanghamil.com

 


4 banner Tips SENANG HAMIL   2