Tag Archives: stadium bukit jalil

Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010




Sebagaimana yang kita tahu pasukan bolasepak KELANTAN telah berjaya

menjadi JUARA piala MALAYSIA setelah 89 tahun penantian sejak Piala HMS

MALAYA yang ditukarkan kepada PIALA MALAYSIA…. icon smile Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Semalam kebetulan time hari OFFDAY saya …. maka saya pun tak

melepaskan peluang untuk merasai kehangatan perlawanan akhir bolasepak

PIALA MALAYSIA di Stadium Bukit Jalil.

Menaiki komuter dari KAJANG ke BANDAR TASIK SELATAN kemudian

menaiki PUTRA LRT menuju stesen BUKIT JALIL.Memang mudah sebab

tak perlu nak fikir-fikir pasal nak parking kenderaan kita….

Tiket Putra LRT Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Warna tiket LRT yang sungguh feminin….

Dalam tren LRT tue memang kelihatan semuanya adalah penyokong pasukan

bolasepak KELANTAN.Masing-masing dengan pakaian rasmi mereka -warna

MERAH…..Kebetulan lak saya pakai baju merah time tu so takde diorang

jeling tajam kan……

Gambar penyokong red warrior 1 Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Ketibaan penyokong RED WARRIORS

Gambar penyokong red warrior 2 Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Ramai kan…. cuba kira ada brapa ramai dalam gambar nie ???

Sememangnya lepas apabila sampai kat perkarangan stadium tue boleh kata

99% tapak gerai jualan barangan dan cenderamata adalah dari pasukan

KELANTAN…. Kalau NEGERI SEMBILAN saya cuma perasan adalah DUA

gerai je laaa…..

Gerai jualan jersi Negeri sembilan Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Gerai jualan JERSI NEGERI SEMBILAN

Gerai kelab penyokong negeri sembilan Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Penyokong RED WARRIOR di gerai N.SEMBILAN… maybe member dia kot…

Antara gerai jualan pertama berdekatan stesen STAR LRT

Vuvuzela piala malaysia Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Peniaga vuvuzela piala malaysia Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Gambar penjual vuvuzela Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Memang ramai gak yang jual alat bunyian ( trumpet ) nie…..

Kalau anda semua biasa pergi tengok bola kat stadium terdapat banyak gerai

jualan makanan dan minuman…..tapi saya cuma sempat amik gambar

gerai KEREPEK nie jeee

Gerai jualan keropok n kerepek Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Keropok + Kerepek Sira …. Enak dimakan begitu sahaja….

Gambar beg jualan red warrior Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Gambar pandangan sisi Piala Malaysia Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Gambar close up piala malaysia Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Dapat tengok secara dekat PIALA MALAYSIA nie…. tiba-tiba ada sorang

brother nie tegur saya….

” Kalau nak amik gambar sambil pegang piala tu boleh…. tapi kena beli tiket

ITALK bernilai rm10 tapi rasa tak berbaloi la pulak…. huhuhu

Gambar penyokong di pintu stadium Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Pintu masuk KUNING stadium Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Gerai barangan red warrior 1 Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Gambar ulat tiket piala malaysia Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

‘ Urusniaga ‘ di hadapan Kaunter Tiket ……… Hehehehe…..

Jersi red pasukan kelantan Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Teddy bear red warrior Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Topi merah red warrior Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Gambar penyokong fanatik kelantan Gambar & Video Kemenangan KELANTAN vs Negeri Sembilan 2010

Okey…. cukup sudah gambar eksklusif nie…. hik3x….

Jom layan lak video gol jaringan NEGERI SEMBILAN dan gol kemenangan

pasukan bolasepak KELANTAN……

Gol Penalti NEGERI SEMBILAN – Shahurain

Gol KELANTAN – Hairuddin Omar ( HAI-O)

Gol Kemenangan KELANTAN – Badru Radzi ( PIA )

p/s : Sesungguhnya saya BUKAN rakyat kelantan…. i’m rakyat jati PERAK…..

Saper2 nak amik gambar nie just kasi credit je la yea…

Final Piala Malaysia 2010 : KELANTAN vs Negeri Sembilan




Kapten pasukan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abd. Razak (kiri) dan rakan sejawatannya dari Kelantan, Indra Putra Mahyuddin sudah bersedia untuk bertarung habis-habisan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. – UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

su 01.1 Final Piala Malaysia 2010 : KELANTAN vs Negeri Sembilan

/// utusanmalaysia ///

Percaturan terakhir

 Final Piala Malaysia 2010 : KELANTAN vs Negeri Sembilan

/// bharian ////

1st11kelantan Final Piala Malaysia 2010 : KELANTAN vs Negeri SembilanBarisan Kemungkinan Kelantan : Khairul Fahmi Che Mat

Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid

, Zairul Fitree Ishak, Muhd Badhri Radzi, Mohd Shakir Shaari,

Indra Putra Mahayuddin (KP), Mohd Norfarhan Muhammad, Hairuddin Omar

dan Norshahrul Idlan Talaha.

Nampaknya AGAK KETARA kan saya sokong TEAM KELANTAN…. bukan apa

saya menyokong team GOMO KELATE GOMO nie disebabkan KAPTEN

PASUKAN KELANTAN -Indra Putra Mahyuddin adalah orang PERAK….

Yess…. teman orang PERAK yea….

Apa yang pasti diharapkan game malam ini akan menghiburkan para

penyokong yang datang…..Dan diharapkan takde jaringan gol yang

sebegini ….

-Penjaga Gol yang memang OVER CONFIDENT !!!! LOL !!!!

p/s : Petang nanti nak pegi singgah Stadium Bukit Jalil – Nak amik gambar

suasana kehangatan Final Piala Malaysia 2010 di sana….

Piala milik siapa?

su 01.1 Piala milik siapa?

BERDIRI dari kiri, Wan Jamak dan Sathianathan manakala duduk dari kiri, Rezal Zambery dan Indra bergambar
di samping Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.


SIAPA yang akan menjulang trofi Piala Malaysia 2009 bakal terjawab di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Apa yang pasti, pasukan yang muncul sebagai pemenang akan menamatkan penantian mereka bagi kejuaraan piala berprestij tanah air itu yang memasuki edisi ke-83 tahun ini.

Jika Negeri Sembilan muncul juara, mereka bakal menamatkan penantian selama 61 tahun selepas memenanginya buat pertama kali pada 1948 tetapi gagal mengulangi kejayaan itu pada final 2000 dan 2006.

Kelantan pula jika menang, bakal menamat- kan penantian selama 88 untuk menjulang Piala Malaysia buat pertama kali sejak ia diper- kenalkan pada 1921 setelah mereka tewas dalam dua per- cubaan pada tahun 1955 dan 1970.

Bagi jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, pasukannya itu tidak akan turun dalam keadaan tertekan malam ini lagipun mereka dilabelkan sebagai underdog berbanding Kelantan.

“Kami akan tampil dengan lebih tenang. Kita tahu, jika pemain dalam keadaan teka- nan, mereka mudah untuk melakukan kesilapan. Biarlah Negeri Sembilan jadi underdog kerana itu tidak membuatkan kami tertekan.

“Biarpun rekod empat kali bertemu Kelantan musim ini, tiga da- ripadanya kami menang, keputu- san lepas tidak boleh dikira dalam final. Pasukan mana yang bermain dengan baik dan memanfaatkan peluang, dia akan menang,” katanya pada sidang media di Stadium Nasional petang semalam.

Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan pula tidak menganggap pasukannya sebagai pilihan kerana baginya Negeri Sembilan lebih memiliki reputasi tinggi kerana menang semua 10 perlawanan Piala Malaysia musim ini berbanding Kelantan yang menang lapan, seri sekali dan tewas sekali.

“Dalam bola sepak, semua mahu menang. Tanyalah Selangor, mereka pun nak menang Piala Malaysia walaupun dah banyak kali memenanginya. Jadi pasukan Kelantan juga mahu memenanginya untuk pertama kali.

“Jika tiada sebarang pemain yang cedera petang ini (semalam), kami bakal turunkan kesebelasan terkuat. Jika perlawanan berlanju- tan sehingga sepakan penalti, kami memang sudah bersedia sejak saingan suku akhir lagi,” kata Sathiana- than pada sidang media yang sama.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, kesemua 85,000 keping tiket bagi final malam ini telah habis dijual pada pukul 12 tengah hari semalam setelah sejam kaunter di Stadium Nasional dibuka.

“Nasihat saya, hanya mereka yang ada tiket saja hadir ke stadium esok (hari ini). Tiada skrin besar disediakan di luar stadium. Mereka yang gagal mendapatkan tiket bolehlah menonton siaran langsung di RTM1,” kata Azzuddin.

P/S : Anyway…. untuk FINAL PIALA MALAYSIA kali nie aku tetap sokong team KELATE sebab ade INDRA PUTRA MAHYUDDIN dan KHALID JAMLUS