Galaxy S II, peranti paling ringan

in 03.1 Galaxy S II, peranti paling ringan

SKRIN Amoled memberi paparan imej dan jernih.

 


 

NIPIS, ringan dan pantas adalah elemen penting yang terdapat model terkini, Samsung Galaxy S II yang dilancarkan baru-baru ini.

Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon berkata, Samsung Galaxy S II adalah skrin peranti telefon paling jelas yang terdapat di pasaran.

“Melalui skrin Amoled bersaiz 109.22 milimeter, ia memberi paparan imej yang jelas dan jernih. Ia sesuai dengan penggunaan rakaman kamera gambar dan video lapan megapiksel.

“Skrinnya mampu memaparkan imej sehingga 1080p menjadikan paparan visual nampak hidup serta mempunyai kedalaman.

“Selain paparan yang jelas, Samsung Galaxy S II turut mempunyai daya kuasa dan keupayaan yang lebih laju,” ulas Jae Hoon dalam majlis pelancaran gajet itu.

Generasi kedua Galaxy S II itu dilengkapi dengan kelajuan pemproses 1.2 gigahertz (GHz) Dual Core yang paling pantas dalam kategori telefon pintar Android.

Penggunaan platform Android 2.3 Gingerbread turut membolehkan penguna mendapat keupayaan membuka lebih daripada satu aplikasi tanpa sebarang masalah.

in 03.2 Galaxy S II, peranti paling ringan


 

Ia juga tidak akan memperlahankan mana-mana aplikasi, jadi anda boleh menonton filem kegemaran sambil melayari Internet.

Galaxy S II bukan sahaja mampu berfungsi sebagai peranti yang hebat bagi golongan pekerja tetapi, mampu menjadi pernyataan gaya bagi golongan remaja.

Saiznya lebih nipis iaitu hanya 8.49 milimeter dan berat seringan 116 gram sahaja.

Di Korea, Samsung Galaxy S II terjual sebanyak 100,000 unit dalam masa tiga hari pertama jualan dan hampir 1 juta unit dalam masa kurang sebulan.

151 total views, no views today

Google lancar Honeycomb




lu 08.1 Google lancar Honeycomb

Komputer tablet terbaru Motorola dikendalikan oleh Android 3.0 Honeycomb dipamerkan di kampus utama Google di California, kelmarin. – AFP


MOUNTAIN VIEW, California 3 Feb. – Google semalam menjelaskan mengenai program perisian komputer tablet baru, yang direka untuk menyaingi iPad dan menarik perhatian pembangun-pembangun aplikasi yang akan menjadi kunci menentukan populariti gajet berkenaan.

Google memperkenalkan sistem operasi Android versi Honeycomb itu, yang digunakan dalam komputer tablet terbaru Motorola Xoom yang menerima pujian di Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas pada bulan lepas.

Honeycomb, sistem operasi sumber terbuka dan percuma itu dijangka digunakan dalam pelbagai komputer tablet dengan skrin sentuh di pasaran yang kini didominasi oleh iPad, sejak dilancarkan oleh Apple pada tahun lepas.

Google yang berhasrat menarik perhatian pembangun aplikasi yang menjadi punca kepada populariti sesuatu telefon pintar dan komputer tablet, menekankan bahawa Honeycomb dibina sebagai platform untuk inovasi program perisian.

Google berhasrat menangani aduan yang diterima sejak sekian lama dengan membenarkan pembangun aplikasi membuat keuntungan daripada traksaksi permohonan seperti pembelian maya barangan, muzik atau tawaran digital lain.

”Kami menerima sejumlah maklum balas daripada pembangun aplikasi bahawa mereka mahu pelbagai cara untuk mendapat keuntungan daripada aplikasi mereka.

”Hari ini, kami mengeluarkan kod untuk aplikasi kewangan bagi keseluruhan komuniti pembangun aplikasi Android,” kata Pengarah Kejuruteraan Android, Chris Yerga.

Jumlah aplikasi yang banyak untuk Honeycomb yang dipamerkan selepas pelancaran itu termasuklah perisian interaktif yang menyambungkan pengguna komputer tablet dengan berita-berita, imej dan video CNN,

Salah satu daripada tiga permainan video di telefon bimbit Disney untuk Android, Tap Tap Revenge turut diumumkan pada majlis itu.

Tap Tap Revenge merupakan permainan paling berjaya dengan lebih 50 juta kali dimuat turun. – AFP

/// utusanmalaysia///

Video mengenai Honeycomb GOOGLE

88 total views, no views today

Google perkenal telefon Gingerbread




lu 05.1 Google perkenal telefon Gingerbread

Eric Schmidt menunjukkan prototaip telefon pintar Android Gingerbread semasa Sidang Kemuncak Web 2.0 di Francisco, California, kelmarin. – REUTERS


SAN FRANCISCO 16 Nov. – Sebuah telefon bimbit baru Google yang dilengkapi dengan cip yang menjadikannya sebagai dompet maya bagi membolehkan orang ramai ‘menyentuh dan bayar’, bakal diperkenalkan buat pertama kalinya tidak lama lagi.

Menurut Ketua Eksekutif Google, Eric Schmidt, pengganti kepada telefon pintar Nexus One keluaran firma Internet itu mengaplikasikan perisian baru yang dikenali sebagai Gingerbread dan dilengkapi dengan sebuah cip Near Field Communication (NFC) untuk melaksanakan transaksi kewangan.

“Saya memiliki produk yang belum diumumkan bersama saya.

“Anda boleh mendapatkan telefon ini tidak lama lagi yang boleh digunakan untuk menjalankan perdagangan.

“Pada asasnya, ia mempunyai pelbagai fungsi dan akhirnya menggantikan kad kredit. Dalam industri ini, ia dirujuk sebagai sentuh dan bayar,” kata Schmidt ketika mengeluarkan sebuah telefon pintar skrin sesentuh dari poket jaketnya semasa bercakap di atas pentas pada persidangan kemuncak Web 2.0 di sini, semalam.

Cip NFC mampu menyimpan data peribadi yang boleh dihantar kepada alat pembaca, misalnya di sebuah kaunter kedai dengan menyentuh telefon bimbit pada sebuah pad.

Namun, Schmidt menyembunyikan tanda-tanda yang mungkin mendedahkan syarikat mana yang membuat telefon bimbit itu dan bergurau dengan merujuk ia hanya sebagai sebuah produk yang belum diumumkan.

Google bekerjasama dengan syarikat elektronik gergasi Taiwan, HTC untuk mencipta telefon bimbit Nexus One yang dilancarkan pada Januari lalu dalam satu kemasukan berprofil tinggi ke dalam pasaran telefon pintar yang semakin berkembang pesat.

Telefon pintar Nexus One telah membina platform android bagi Google untuk memperolehi ulasan yang baik tetapi tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

Di sesebuah negara, telefon bimbit secara umumnya terikat kepada syarikat perkhidmatan telekomunikasi, misalnya iPhone keluaran Apple dengan AT&T.

Namun Google mengambil satu pendekatan baru dengan menjual Nexus One tanpa sebarang kontak atau subsidi daripada mana-mana syarikat perkhidmatan telekomunikasi. – AFP

///kosmo ///

64 total views, no views today

Android mampu milik




in 02.1 Android mampu milik

MODEL beTouch E120 didatangkan dalam varian warna hitam, merah atau putih.


TIDAK perlu berhabisan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan sebuah telefon pintar yang dilengkapi spesifikasi hebat. Ini kerana, dengan hanya RM699, pengguna boleh memilih Acer beTouch E120 yang dilengkapi Internet mobil.

Tidak seperti telefon bimbit lain pada harga sama, beTouch E120 dilengkapi sambungan 3G yang membolehkan penggunanya melayari laman web, mengemaskini rangkaian sosial dan berada di talian pada bila-bila masa sahaja.

Ia menggunakan platform sistem operasi Android Donut dengan saiz paparan skrin sentuhan 2.8 inci QVGA dan pemproses ST Ericsson PNX6715. Selain itu, penguna dapat mengambil gambar yang baik menggunakan kamera 3.2 megapiksel dengan fokus tetap.

Siri ini menggunakan bateri Li-Poly 1500mAh yang tahan masa berbual sehingga 300 minit dan masa sedia sehingga 400 jam. Ia didatangkan dalam warna elegan iaitu hitam yang pasti sesuai dengan semua lapisan pengguna.

in 02.2 Android mampu milik

BAYANGKAN sebuah telefon pintar menjadi milik anda pada harga RM699 sahaja.


Dalam pada itu, ia juga mempunyai sambungan Wi-Fi, Bluetooth, GPS dan AGPS, slot Mikro-SD, Mikro-USB serta FM radio. Dengan beratnya hanya 109 gram, pastinya siri beTouch E120 ini selesa dalam genggaman dan ringan untuk digunakan.

Sementara itu, untuk tawaran lebih hebat pengguna boleh memilih siri beTouch E400 yang dikuasakan dengan sistem operasi Android 2.1 terbaru iaitu Eclair yang berharga RM1,099 sahaja.

Ia menyediakan aplikasi komuniti yang pelbagai, selain pengalaman muzik dan video yang mengujakan buat penggunanya. Ia juga menyediakan akses yang pantas ke laman web dan maklum balas segera daripada mel-mel popular, peta-peta dan aplikasi carian.

Para pengguna juga boleh kekal berhubung dengan rakan-rakan secara lebih mudah melalui e-mel, mesej segera dan rangkaian sosial yang lain sepanjang masa.

/// kosmo ///

82 total views, no views today

Nexus One pelengkap Android



Teknologi telefon pintar kini semakin cekap untuk menjadi teman setia penggunanya. in 06.1 Nexus One pelengkap Android

DARI segi reka bentuk, Nexus One mirip kepada HTC Bravo yang dipasarkan di Eropah.


GOOGLE menunaikan janji mereka apabila mula memasarkan telefon pintar, Nexus One yang menggunakan platform Android iaitu sistem operasi sumber terbuka milik Google yang mula diperkenalkan pada 2008. Telefon yang dibangunkan dengan kerjasama HTC ini dipasarkan sendiri oleh Google. Dari segi reka bentuknya, Nexus One mirip kepada HTC Bravo yang dipasarkan di Eropah. HTC terkenal kerana kejayaan mereka menghasilkan telefon pintar ala PDA yang lazimnya didatangkan dengan papan kekunci fizikal dan skrin besar.

Kebanyakan telefon keluaran mereka juga direka untuk mendokong sistem operasi Windows Mobile keluaran Microsoft. Oleh itu, pasaran mereka disasarkan kepada golongan profesional dan peminat gajet. Namun, sejak akhir-akhir ini, HTC telah mula ‘berjinak-jinak’ dengan Android bagi mengukuhkan pasaran mereka sekali gus memberi alternatif kepada para peminat telefon mereka. Ini secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan Android di dalam industri ini, menjadikan pelancaran Nexus One tepat pada masanya. Dari sudut binaannya, telefon milik gergasi enjin carian ini boleh dikatakan hampir sama dengan kebanyakan telefon pintar hari ini. Dengan berat hanya 130 gram, ia cukup ringan untuk dimuatkan ke dalam poket seluar mahupun kemeja. in 06.2 Nexus One pelengkap Android

DENGAN papan kekunci dan skrin besar serta kamera digital 5 megapiksel, Nexus One ternyata memberi kepuasan.


Saiz skrin telefon kini menjadi salah satu kayu pengukur yang menentukan kedudukan telefon tersebut di pasaran. Google mengambil kira faktor ini lantas membekalkan Nexus One dengan skrin berukuran 3.7 inci, lebih besar sedikit daripada iPhone. Skrin lebar jenis WVGA AMLED ini pastinya dapat memberikan kepuasan kepada pengguna khususnya mereka yang sukar membaca tulisan yang kecil pada telefon bimbit.

Dengan kamera 5 megapiksel, ia ibarat berita gembira buat peminat fotografi. Sungguhpun kamera kompak digital sekarang telah mencecah sehingga 10 megapiksel, namun kamera binaan dalam yang lazimnya didatangkan bersamanya masih mempunyai elemen gambar sekitar 3 hingga 4 megapiksel. Seperkara yang menarik tentang ciri kamera telefon ini ialah pengguna boleh melabelkan lokasi setiap gambar yang diambil menggunakan teknologi AGPS. Selain itu, ia juga mampu merakamkan video pada 720 x 480 piksel pada 20 bingkai sesaat. Dari sudut penggunaan kuasa, tidak keterlaluan jika dikatakan telefon ini mempunyai pengurusan kuasa yang baik bagi kategori telefon pintar. Umum mengetahui penggunaan telefon pintar sering menyebabkan bekalan kuasa bateri agak singkat berbanding telefon bimbit biasa yang hanya mempunyai fungsi asas.

Berbekalkan kuasa yang dipadukan pada bateri 1400 mAH, ia mampu memberikan sehingga tujuh jam masa bercakap dan sehingga 250 jam masa bersedia dengan rangkaian 3G. Nexus One dibekalkan dengan RAM 512 megabait dan kad storan micro SD 4GB. -kosmo

57 total views, 1 views today