Semua iPad habis dijual




du 02.1 Semua iPad habis dijual

SEBUAH iPad 2 dipamerkan di Pusat Yerba Buena di San Francisco pada 11 Mac lalu.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Syarikat Apple Inc. mengumumkan semua komputer tablet iPad keluarannya telah habis dijual dan ia kini sukar memenuhi permintaan pengguna untuk gajet popular itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs menyatakan bahawa syarikat berkenaan, yang beribu pejabat di negeri California, telah menjual sebanyak 19.5 juta komputer iPad generasi pertama dan kedua pada tahun lalu dengan 4.7 juta lagi dijual sepanjang suku pertama tahun ini.

“Kami menjual setiap iPad 2 yang kami keluarkan,” kata Ketua Pegawai Kewangan Apple, Peter Oppenheimer.

Menurutnya, pendapatan syarikat tersebut untuk tahun lalu adalah berjumlah AS$24.7 bilion (RM74.3 bilion) manakala AS$5.99 bilion (RM18.02 bilion) lagi diperoleh menerusi jualan pada suku pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Apple, Tim Cook berkata, syarikat itu sedang meningkatkan pengeluaran iPad bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna dan akan memasarkan komputer tersebut ke 13 lagi negara dengan jumlah keseluruhan negara pasaran Ipad meningkat kepada 39 buah negara.

Apple melancarkan iPad pada penghujung April tahun lalu yang kemudian menjadi komputer tablet paling laris dan sukar ditandingi oleh jenama lain. – Agensi

62 total views, no views today

Komputer riba Apple paling nipis

du 01.1 Komputer riba Apple paling nipis

GAMBAR menunjukkan satu model komputer MacBook Air.


CUPERTINO, California – Syarikat komputer Apple Inc. memperkenalkan dua komputer riba MacBook Air yang nipis kelmarin.

Salah satu komputer riba itu mempunyai skrin seluas 33.8 sentimeter (sm) manakala yang kedua mempunyai skrin 29.4sm.

Komputer MacBook yang lebih besar itu senipis 1.73 sentimeter dan seberat 1.3 kilogram (kg) manakala baterinya tahan selama tujuh jam.

Satu lagi model komputer riba itu seberat 2.2kg dan baterinya tahan selama lima jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs berkata semasa melancarkan: “Kami bertanya kepada diri sendiri, apa akan berlaku jika MacBook dan iPad digabungkan? Maka inilah hasilnya.”

iPad ialah komputer tablet keluaran Apple.

du 01.2 Komputer riba Apple paling nipis

GAMBAR menunjukkan dua model komputer MacBook Air yang nipis di Cupertino, California kelmarin.


Komputer MacBook Air tidak boleh membaca cakera padat (CD) atau cakera padat digital (DVD).

Ia hanya menggunakan memori flash seperti iPhone.

Komputer Macbook Air dijual pada harga bermula AS$999 (RM3,103) dengan storan memori 64 gigabit.

Pada harga AS$1,199 (RM3,725) ia dilengkapi dengan memori 128 gigabit.

Komputer Macbook yang lebih besar ditawarkan pada harga AS$1,299 (RM4,035) dengan kapasiti 128 gigabit atau $1,599 (RM4,968) bersama storan 256 gigabit. – Agensi

/// kosmo ///

-iklan Macbook Air

89 total views, no views today