Tag Archives: telefon bimbit

Telefon bimbit antipintar berharga RM31,675




du 06.1 Telefon bimbit antipintar berharga RM31,675

TELEFON BIMBIT Æsir YB1 yang memiliki reka bentuk ringkas dan mudah.


LONDON -Tiada enjin carian Internet Google mahupun kamera tetapi harga telefon bimbit jenama Æsir YB1 jauh lebih mahal berbanding telefon pintar iaitu mencecah £6,400 (RM31,675) lapor sebuah akhbar semalam.
Menampilkan reka bentuk mudah dan ringkas, gajet buatan Denmark itu begitu diminati oleh golongan kaya dan merupakan gajet prestij mereka.
YB1 yang didatangkan dengan skrin kaca batu nilam, cuma dilengkapi fungsi asas telefon bimbit iaitu kemudahan panggilan dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).
Namun Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkata, YB1 mahal kerana ia dibuat dengan menggunakan bahan-bahan untuk menghasilkan jam tangan mewah.
“Orang kaya tidak perlukan telefon pintar seperti iPhone, mereka mengupah staf untuk mengendalikan jadual, menghantar e-mel atau mengemas kini Facebook,” katanya. – Agensi
/// kosmo ///

Gajet untuk generasi muda




me 02.1 Gajet untuk generasi muda

LG Cookie Mini (T300) bakal menawarkan pengguna pengalaman pelayaran Internet mudah alih terbaik.


BERMATLAMAT memenuhi gaya hidup mobiliti generasi muda hari ini, pengeluar produk elektronik, LG memperkenalkan tiga model baru telefon bimbit dalam rangkaian Generasi Z.

Model tersebut adalah LG Cookie Mini (T300), LG Cookie Style (T310i) dan LG Town (C305).

Kesemua koleksi tersebut didatangkan bersama warna bertenaga dan bergaya serta menawarkan pengalaman fungsi komunikasi terbaik kepada pengguna.

Bukan setakat itu, ketiga-tiganya juga dilengkapi spesifikasi antara muka mesra pengguna, fungsi menaip versatil, aplikasi permainan muzik termaju, capaian laman rangkaian sosial, e-mel dan mesej ringkas.

Melengkapkan fungsi multimedianya pula, model-model itu juga didatangkan bersama set kepala 3.5 inci, penalaan radio dan slot kad memori microSD.

Bagi memudahkan pengguna, kesemuanya tersedia bersama aplikasi rangkaian sosial Facebook, Twitter, Windows Live Messenger dan sebagainya.

Maklumat lanjut mengenai model-model telefon bimbit terbaru ini, sila layari laman web www.lg.com.

Penggera jam iPhone tidak berfungsi




du 02.1 Penggera jam iPhone tidak berfungsi

GAMBAR yang disiarkan akhbar Sydney Morning Herald di Australia semalam menunjukkan Samantha Hanna memegang telefon bimbit iPhone yang mengalami masalah jam penggera.

HONG KONG – Ramai pengguna telefon bimbit pintar iPhone di Asia dan Australia merungut kerana sistem jam penggera pada gajet itu tidak berfungsi untuk mengejutkan mereka daripada tidur sejak kelmarin.

Sebahagian pengguna iPhone menyatakan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter bahawa mereka terlepas penerbangan dan lewat ke tempat kerja kerana sistem jam penggera pada telefon itu tidak berfungsi selama tiga hari berturut-turut.

Seorang pengguna yang dikenali sebagai Sueannlove melalui laman sosialnya memberitahu: “Penggera jam iPhone saya tidak berfungsi lagi. Perlu mencari jam lama saya.”

Masalah itu bukan sahaja menimpa pengguna iPhone tetapi sebahagian pengguna produk Apple lain termasuk pemain muzik iPod yang mengalami masalah sama.

Syarikat Apple berjaya menjual sebanyak 14 juta unit iPhone sehingga 25 September lalu di seluruh dunia dan kini berada pada kedudukan kedua di belakang telefon bimbit Nokia berdasarkan jumlah jualan.

Kelmarin, syarikat itu menyatakan ia mengetahui masalah tersebut tetapi tidak menyatakan punca dan usaha penyelesaiannya. – Agensi

/// kosmo ///

Motorola XT720 – Lebih nipis dan funky




in 04.1 Motorola XT720   Lebih nipis dan funky

TELEFON pintar ini menggunakan sistem operasi Android 2.1 dan sensorkamera ditingkatkan ke lapan megapiksel.


VERSI terkini Motorola Milestone iaitu XT720 mempunyai reka bentuk berbeza dengan model sebelumnya kerana menerapkan ciri skrin sentuh sepenuhnya. Sensor kamera juga ditingkatkan daripada lima kepada lapan megapiksel dengan tambahan pencahayaan Xenon.

Tanpa pad kekunci, ia tampil lebih nipis namun reka bentuk yang funky dikekalkan. Kehebatan telefon pintar ini terletak pada kehebatan sistem operasi Android 2.1 yang menyokong pelbagai akaun, Microsoft dan HTML serta mempunyai pemproses 550MHz.

XT720 turut dilengkapi upaya rakaman video 720p tetapi pengguna perlu membeli kad mikroSD yang mempunyai ruang memori sekurang-kurangnya 4 gigabit secara berasingan untuk merakam video yang panjang kerana ia tidak diletakkan di dalam satu pakej.

Bagaimanapun, rakaman video tidak sebagus rakaman gambar pegun kerana ia masih menangkap bunyi bising persekitaran. Kualiti rakaman objek bergerak juga pada kadar memuaskan.

Sungguhpun begitu, rakaman gambar pegun amat baik dan dapat menghasilkan gambar cantik di bawah pencahayaan yang bagus. Dalam keadaan pencahayaan kurang pula, fungsi lampu kamera mampu membantu menjelaskan rakaman objek dekat. Bagi menambah nilai, proses penyuntingan warna dapat dilakukan sebagai sokongan hasil akhir.

Dengan XT720, fungsi pelbagai tugas dapat dibuat dengan memuaskan. Walaupun banyak fail dibuka serentak, telefon pintar ini masih bekerja dengan pantas walaupun pemprosesannya ‘bekerja’ lebih kuat. Baterinya juga tahan sehingga dua hari dalam ujian penggunaan sederhana. Itu suatu ciri yang hebat untuk sebuah telefon Android.

Caj semula dapat dilakukan melalui slot mikro USB yang turut berfungsi menghantar data. Fon kepala 3.5 milimeternya juga merupakan ciri tambahan dengan kawalan volum terdapat pada sisi kanan telefon pintar ini.

Sekiranya pengguna tidak kisah mengeluarkan wang untuk membeli kad memori berasingan dan berpuas hati dengan reka bentuknya, XT720 merupakan Android yang disyorkan.

Video promo Motorola XT720

/// kosmo ///

Gabungan kekunci dan skrin sentuh




me 01.1 Gabungan kekunci dan skrin sentuh

Pembesar suara mini membolehkan pengguna menikmati pengalaman bunyi yang berkualiti.


MENERUSKAN kecemerlangan penciptaan produk telefon selular moden, Nokia baru-baru ini telah memperkenalkan model X3.

Ia mengetengahkan keunikan kombinasi rekaan nipis bergaya bersama fungsi skrin sentuh luas yang bakal memberi kemudahan kepada pengguna.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Nokia, Mary McDowell, penampilan inovasi pada model tersebut merupakan nilai tambah terbaik yang ditawarkan kepada pengguna dengan harga berpatutan.

-iklan promo NOKIA X3-

“Nokia X3 sememangnya dibangunkan dengan fungsi skrin sentuh dan juga papan kekunci secara serentak.

“Ini kerana, pengguna lebih selesa menggunakan papan kekunci untuk menghantar mesej sementara fungsi skrin sentuh sesuai diaplikasikan bagi mengawal fungsi seperti capaian muzik, permainan video dan pelayaran Internet.

Model Nokia X3 mempunyai reka bentuk moden dan nipis iaitu hanya 9.6 milimeter (mm) dengan penutup bahagian belakangnya diperbuat daripada aluminium.

Bagi fungsi pengimejan, ia disempurnakan bersama kamera lima megapiksel dengan empat kali pemfokusan digital dan boleh merakam video.

Di samping itu, ia turut menyokong perkhidmatan sosial dan hiburan daripada Ovi Store serta Ovi Mail yang membolehkan pengguna menerima emel secara terus menerusi telefon bimbit mereka.

Apa yang menarik lagi, model berkenaan didatangkan bersama pembesar suara mini Nokia model MD-11.

Dengan hanya sebesar saiz poket, pengguna bakal menikmati pengalaman muzik dan stereo terbaik serta berkualiti.

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua produk tersebut boleh diperoleh daripada laman web www.nokia.com.

/// utusanmalaysia ///