Samsung saman balas Apple




du 02.1 Samsung saman balas Apple

Seorang pekerja syarikat Samsung di Seoul semalam menunjukkan telefon pintar keluaran syarikatnya, Galaxy S (kiri) dan iPhone 4 keluaran Apple.


SEOUL – Pengeluar barangan elektronik Korea Selatan, Samsung memfailkan saman hak cipta terhadap Apple berhubung gajet iPhone dan iPad keluaran firma Amerika Syarikat (AS) berkenaan dalam kes saman balas selepas Apple mendakwa Samsung meniru produknya.

Apple sebelum ini mendakwa telefon pintar dan komputer tablet buatan Samsung ditiru daripada iPhone dan komputer iPad keluarannya.

Saman balas Samsung itu dikemukakan beberapa hari sebelum ia melancarkan produk terbarunya.

Tindakan itu boleh menjejaskan hubungan perniagaan kedua-dua syarikat gergasi komunikasi tersebut.

Apple memfailkan saman terhadap Samsung pada Jumaat minggu lalu dengan mendakwa firma Korea Selatan itu melanggar paten dan hak cipta membabitkan gajet iPhone dan iPad keluarannya.

Dalam satu kenyataan semalam Samsung sebaliknya mendakwa bahawa gajet iPhone dan iPad keluaran Apple telah melanggar paten teknologi mudah alih pihaknya.

Sehubungan itu, Samsung meminta Apple supaya berhenti meniru teknologinya dan membayar sejumlah ganti rugi.

“Apple menyaman Samsung baru-baru ini kerana ia bimbang dengan kebangkitan Samsung dalam pasaran gajet yang sebelum ini dicipta olehnya,” kata seorang penganalisis firma Daewoo Sekuriti, James Song semalam.

Apple telah menjual 18.6 juta telefon pintar iPhone dalam suku pertama tahun ini namun Samsung dilaporkan menjual sekitar 13 juta telefon pintarnya pada suku sama dan merancang untuk menjual 60 juta telefon itu pada tahun ini. – Reuters

/// kosmo ///

246 total views, 2 views today

iPhone bukan telefon pintar paling laris




du 03.1 iPhone bukan telefon pintar paling laris

DUA buah telefon pintar iPhone.


LONDON – Satu kajian terbaru mendapati telefon pintar keluaran Apple Inc, iPhone bukan lagi antara gajet paling laris di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Telefon pintar iPhone kini berada di tempat keenam senarai telefon pintar terlaris di negara itu dengan orang ramai cenderung memilih gajet serupa yang jauh lebih murah.

Kajian tersebut dibuat oleh laman web uSwitch.com Mobile, yang menyenaraikan telefon pintar yang paling popular pada masa kini di Britain berdasarkan nilai jualan dan pencarian di Internet.

Ia mendapati telefon pintar Desire keluaran syarikat Taiwan, HTC menduduki tempat pertama senarai itu dengan diikuti HTC Desire HD dan HTC Wildfire.

“Selain boleh mengakses beribu-ribu aplikasi seperti iPhone, HTC Desire memiliki kelebihan lain yang memikat pengguna,” kata komen di uSwitch.

Telefon HTC dan beberapa gajet lain meniru aplikasi skrin sentuh iPhone yang menjadi popular.

Semua telefon pintar kini menawarkan akses Internet kelajuan tinggi bersama-sama video, muzik dan pelbagai jenis permainan. – Agensi

///kosmo ///

276 total views, 1 views today

Sistem operasi Blackberry 9800 Torch lebih efisien




me 02.1 Sistem operasi Blackberry 9800 Torch lebih efisien

BLACKBERRY Touch lebih unggul menerusi tawaran sistem operasi baru, BlackBerry 6 dan rekaan gelongsor eksklusif.


MENERUSKAN kecemerlangan legasi telefon bimbit pintar BlackBerry, buat pertama kalinya, ia ditampilkan dalam reka bentuk gelongsor.

Dibawa oleh syarikat inovasi terkenal, Research In Motion (RIM), peranti selular yang dikenali sebagai BlackBerry Torch 9800 itu disempurnakan bersama kombinasi kawalan fungsi papan kekunci QWERTY dan juga skrin sentuh penuh.

Menerusi sistem operasi terbarunya, BlackBerry 6 pula, produk telekomunikasi itu bakal melengkapkan pelaksanaan aktiviti sama ada untuk tujuan sosial mahu pun bisnes.

Menurut Pengarah Urusan Asia Tenggara RIM, Gregory Wade, BlackBerry Torch disempurnakan dengan kelebihan reka bentuk menarik dan ciri spesifikasi yang dipertingkatkan.

”Produk ini turut menawarkan pengalaman operasi multimedia cemerlang selain kemudahan memuat turun pelbagai aplikasi kegemaran menerusi platform BlackBerry Application World.

”Sehingga hari ini, lebih 1.5 juta aplikasi telah di muat turun oleh para pengguna BlackBerry setip hari melalui platform ini,” jelasnya pada majlis pelancaran model tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

BlackBerry Torch dipacu menggunakan pemproses berkuasa 624 Mhz dengan memori flash 512 megabit (MB).

Keunikan spesifikasinya dapat dilihat menerusi kehadiran pad trek optik untuk navigasi lebih lancar dan cepat serta paparan skrin luas bersaiz 3.2 inci.

Dari segi memori, ia mempunyai ruang storan binaan dalam berkapasiti empat gigabit (GB) selain menyokong kad memori microSD dan SDHD sehingga 32 GB.

Bagi fungsi pengimejan pula, kameranya didatangkan bersama resolusi lima megapiksel, 11 mod rakaman, fungsi pemfokusan auto, penstabilan imej, geotagging dan rakaman video.

Sesuatu yang menarik mengenai sistem operasi BlackBerry 6, paparan antara mukanya lebih mudah dan diintegrasikan bersama beberapa capaian aplikasi seperti pesanan BlackBerry (BBM), Facebook, Twitter dan MySpace melalui fungsi Social Feeds.

Untuk kemudahan pelayaran, Torch 9800 mampu menyokong capaian akses laman web sehingga 14 muka secara serentak dengan fungsi pemfokusan boleh dijalankan hanya menerusi sentuhan skrin sebanyak dua kali.

Tidak cukup dengan itu, model ini turut didatangkan bersama fungsi pencarian universal untuk membolehkan pengguna mencari apa juga kandungan pada telefon bimbit pintar itu secara lebih cepat.

Pada pelancaran itu juga, pihak RIM turut mengumumkan Brightstar sebagai syarikat pengedar rasmi untuk produk BlackBerry di Malaysia.

Untuk itu, pengguna yang membeli mana-mana model telefon bimbit BlackBerry menerusi Brightstar akan mendapat jaminan perkhidmatan pelanggan selama 24 bulan.

Para pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan awal bagi model BlackBerry Torch, sila layari laman web www.blackberry.com/my/torch.

///utusanmalaysia ///

-iklan Blackberry Torch 9800

203 total views, no views today