Pesawat baru AIRBUS 330-300 milik MAS telah tiba




Airbus mStar Pesawat baru AIRBUS 330 300 milik MAS telah tiba

PESAWAT AIRBUS BARU MAS… Wakil media dan tetamu jemputan menuruni pesawat baru Airbus selepas menikmati penerbangannya kira-kira 30 minit pada pelancaran Airbus A330-300 disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Khamis. Pesawat baru itu mempunyai 283 tempat duduk termasuk 36 tempat duduk kelas perniagaan dan 247 kelas ekonomi. – Foto BERNAMA-mstar

ne 10.1 Pesawat baru AIRBUS 330 300 milik MAS telah tiba

PESAWAT A330-300 baharu MAS menerapkan teknologi terkini yang turut menekankan keselesaan penumpang.
-kosmo
110414164521 Pesawat baru AIRBUS 330 300 milik MAS telah tiba
14 APRIL 2011: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (kanan) dan Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia (MAS), Tengku Azmil Zahruddin (kiri) menunjukkan isyarat bagus ketika berada dalam pesawat baru Airbus 330-300 milik MAS selepas pelancarannya, di KLIA Sepang.

MAS sasar kurangkan kos

SEPANG 14 April – Malaysian Airline System Bhd. (MAS) yang menerima penghantaran pesawat A330-300 hari ini, menjangka kosnya akan turun 15 peratus menjelang 2015 berikutan program pembaharuan kumpulan pesawatnya.

Pengarah Urusannya, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz berkata, pesawat A330-300 akan membantu MAS mengurangkan penggunaan minyak dan kos penyelenggarannya.

“Kami akan mengekalkan 25 peratus daripada minyak kami dilindung nilai pada AS$88 satu tong tahun ini,” katanya selepas pelancaran penerbangan pesawat A330-300 oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, di sini hari ini.

Pesawat A330-300 itu adalah 15 pesawat pertama yang dihantar kepada MAS sepanjang empat tahun akan datang sebagai sebahagian program pembaharuannya.

A330-300 mempunyai kapasiti keseluruhan sebanyak 283 tempat duduk — 36 tempat duduk di kelas bisnes dan 247 di kelas ekonomi.

Penerbangan komersial pertama bagi A330-300 adalah dari Kuala Lumpur ke Brisbane, Shanghai, Osaka, Beijing, Perth dan Delhi.Malaysian Airline System Bhd. (MAS) hari ini melancarkan sebuah pesawat baharu Airbus A330-300 sebagai langkah mengukuhkan lagi perkhidmatannya.

Azmil gembira dengan pelancaran pesawat itu selepas menerima pesawat B737-800 pada November lalu.

Katanya, pelancaran pesawat baharu itu membuka ruang lebih luas kepada MAS untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan sebagai strategi mengekalkan keuntungan.

Sebelum itu, pesawat A330-300 dengan penerbangan MH8888 membawa tetamu jemputan berlegar-legar selama setengah jam dari KLIA ke Melaka sebelum diberi sambutan semburan pancutan air.

/// utusanmalaysia ////

358 total views, no views today