Tag Archives: tempat makan sedap nilai

HAZMAN vs FOOD ( MEE GORENG UDON JEPUN + SPAGHETTI AYAM )

227611 544073162270328 1899766167 n HAZMAN vs FOOD ( MEE GORENG UDON JEPUN + SPAGHETTI AYAM )

Dua hari lepas….

Saya mengajak housemate pergi makan malam di luar…. pada mulanya ingat nak makan

STEAMBOAT GRILL tapi keputusan akhir just makan di RESTORAN Q THAI yang terletak

berhadapan dengan GIANT NILAI

12572 544073158936995 1250593413 n HAZMAN vs FOOD ( MEE GORENG UDON JEPUN + SPAGHETTI AYAM )

Pergi pada hari bekerja sudah pastinya tidak ramai pengunjung yang datang makan di sini….

Namun begitu tempat dan hiasan dalaman di restoran nie okey bagi saya….lapang jee…

185782 544073165603661 1626585212 n HAZMAN vs FOOD ( MEE GORENG UDON JEPUN + SPAGHETTI AYAM )

Ikutkan selera teringin nak makan NASI GORENG NENAS sebab terpengaruh gambar menu

yang letak nasi tu bekas buah NENAS yang telah dijadikan bekas makanan…..hahahaha

tapi bila ternampak menu MEE GORENG UDON terus saya pesan kat waiter…

543404 544073208936990 1195263936 n HAZMAN vs FOOD ( MEE GORENG UDON JEPUN + SPAGHETTI AYAM )

734695 544073202270324 492681934 n HAZMAN vs FOOD ( MEE GORENG UDON JEPUN + SPAGHETTI AYAM )

Antara ingat-ingat lupa…

Kalau tak silap MEE UDON nie adalah sejenis mee yang amat terkenal di JEPUN dan menjadi

kesukaan MARIA OZAWA….hehehehe…Pun begitu mee nie lebih mengenyangkan dengan

tekstur yang lebih kenyal dan besar dari mee kuning biasa tu….Dengan rempah ratus yang

digaul bersama ayam dan udang membuatkan saya nak makan lagi di masa akan datang

tapi mungkin kat restoran lain pulak kan….

421160 544073198936991 940694485 n HAZMAN vs FOOD ( MEE GORENG UDON JEPUN + SPAGHETTI AYAM )

Manakala housemate saya pula pesan SPAGHETTI AYAM WITH BUTTER SAUCE yang

sekali pandang nampak menyelerakan…..First time la pulak saya nampak spaghetti dimasak

dengan cara sebegini….Hirisan ayam dia pun banyak….terus buat perut jadi kenyang….

530693 544073252270319 2115499881 n HAZMAN vs FOOD ( MEE GORENG UDON JEPUN + SPAGHETTI AYAM )

Teh ais pulak yang jadi idaman tekak saya pada malam tu…. bersama teh SIAM yang rasanya

lebih kurang dengan teh CINA….menjadi penghilang dahaga saya ….. So sesiapa yang

terasa nak cuba makan MEE UDON GORENG nie boleh la singgah di RESTORAN Q THAI

yang betul-betul berhampiran GIANT NILAI…..

 

p/s : Teringin nak makan MEE RAMEN pulak….

HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop Hailam + MILO ICE DINOSAUR )

Kali nie ubah selera pulak …makan malam di kopitiam sebab dah kerap sangat

pegi beli menu makan malam kat kedai / restoran tomyam kan….

384265 497747166902928 1243690016 n HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop Hailam + MILO ICE DINOSAUR )

Rasanya ini adalah kali kedua saya makan di HAILAM KOPITIAM …. first time dulu makan

BIHUN GORENG TOMYAM kat cawangan di KAJANG….

548710 497747243569587 1505201318 n HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop Hailam + MILO ICE DINOSAUR )

Mengamalkan konsep OPEN KITCHEN yang bagus pada saya …. cuma apabila

restoran ini dikategorikan B dari segi kebersihan ( keseluruhan ) mungkin….nampaknya

masih ada yang perlu diperbaiki lagi…

576972 497747263569585 780401615 n HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop Hailam + MILO ICE DINOSAUR )

Dalam 10 minit pesanan housemate saya pun sampai….. Dia order BIHUN SUP UDANG

SPECIAL…. sekali tengok macam kuah tomyam pun ada….Harga rm8.50 semangkuk

besar

404609 497748263569485 1557095989 n HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop Hailam + MILO ICE DINOSAUR )

Sementara tunggu makanan saya…. dari suatu sudut kelihatan satu pasangan couple -

ada macam drama RELA KU PUJUK la pulak…. ekekekeke…Malas nak ganggu diorang

terus saya mintak waiter password wifi kopitiam nie….

598844 497747286902916 1158871649 n HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop Hailam + MILO ICE DINOSAUR )

Sempatlah update status kat TWITTER kejap…. then makanan saya pun tiba ke meja

makan kitorang….Inilah yang saya pilih – CHICKEN CHOP HAILAM KOPITIAM perisa asli

( original )…

421352 497748296902815 1665825396 n HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop Hailam + MILO ICE DINOSAUR )

Maksud perisa ASLI ialah kuah untuk chicken chop nie adalah ramuan khas tukang masak

HAILAM KOPITIAM nie….Okey gak la kan sebab dah biasa sangat makan dengan kuah

sos blackpepper…..Harga set nie adalah rm14.20 …agak overpriced sikit la bagi saya

dengan rasanya biasa je kot….

47169 497747213569590 297304443 n HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop Hailam + MILO ICE DINOSAUR )

Untuk minuman…. LEMON JUICE ( rm5.50 ) untuk housemate dan MILO ICE DINOSAUR

(RM5.60) untuk saya…..Dapat gak saya cuba setelah kerap nampak kat tv jeee…..

556297 497747230236255 604122758 n HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop Hailam + MILO ICE DINOSAUR )

Apa yang saya faham….. MILO ICE DINOSAUR nie adalah extended version MILO TABUR

yang selalu kita dengar tu kan….dengan gelas yang lebih besar dan kandungan serbuk

MILO yang lebih banyak….

 

p/s : MILO TABUR yang mana lagi best…. ? Kedai mamak or restoran kopitiam ….

Nasi Ayam Masala @ Restoran AS SALAM – NILAI

Pagi tadi….

Hujan turun dengan lebatnya… dan bagi saya kalau time cuaca sejuk sebegitu

memang best kalau dapat makan makanan yang berempah…Dan kebiasaannya

saya akan makan NASI AYAM MASALA ( menu saya reka sendiri )

Photo0201 Nasi Ayam Masala @ Restoran AS SALAM   NILAI

Ni kedai makan ( Restoran AS SALAM ) area NILAI…. siap ada daun pisang lagi tue….

Photo0203 Nasi Ayam Masala @ Restoran AS SALAM   NILAI

Kuahnya…saya suka buat macam NASI KANDAR ( campuran TIGA KUAH ) – Kari Ayam

Kari Ikan dan Kari Daging… Memang membuka selera saya….

Photo0204 Nasi Ayam Masala @ Restoran AS SALAM   NILAI

Sayur …. cukuplah dengan kobis goreng sahaja

Photo0207 Nasi Ayam Masala @ Restoran AS SALAM   NILAI
Ayam masala nie memang lembut rasanya…. dan bagi menambahkan perisa saya

letak kuah sambal telur puyuh di atasnya ( rasa pedas + rempah )…. bestnya…..

Photo0146 Nasi Ayam Masala @ Restoran AS SALAM   NILAI

So untuk mengelakkan rasa TERUS MENGANTUK lepas makan nasi ayam masala nie

saya minum NESCAFE AIS GELAS BESAR….. confirm terang je mata saya ….hihiihihi

 

p/s : Saya kalau makan nasi mesti ada KUAH + KICAP….anda bagaimana ???