Tag Archives: tips kesihatan

Gambar AKSI Gadis Tarian Zumba

32412 532308516780126 1776421069 n Gambar AKSI Gadis Tarian Zumba

Masih ingat lagi team gadis tarian ZUMBA semasa saya menghadiri MAJLIS DERMA dan 

LELONGAN AMAL  ??? Untuk pengetahuan anda … ianya merupakan salah satu jenis

tarian yang diserapkan untuk aktiviti di pusat aerobik seluruh negara disebabkan ianya

kelihatan lebih rancak dan menarik…

Jom tengok beberapa aksi dan langkah tarian ZUMBA nie… hehehhehe

314683 534903686520609 1355640105 n Gambar AKSI Gadis Tarian Zumba

563856 534903709853940 1673907969 n Gambar AKSI Gadis Tarian Zumba

62167 534903746520603 1561453391 n Gambar AKSI Gadis Tarian Zumba

200188 534903769853934 63930416 n Gambar AKSI Gadis Tarian Zumba

Boleh tengok kan diorang nie siap berpeluh-peluh dengan melakukan tarian ZUMBA nie….

rasanya kalau saya follow kelas TARIAN ZUMBA nie seminggu confirm badan jadi cergas

dan BERTENAGA….. hahahahaha

 

p/s : Ada video tarian ZUMBA nie ….tapi kena tunggu line tenet okey skit yea….

 

Menguap boleh berjangkit

LONDON: Tabiat menguap mempunyai kesan negatif kerana ia boleh berjangkit kepada orang lain, lapor satu kajian.

Hasil kajian itu yang disiarkan jurnal Public Library of Science, menyatakan menguap adalah ikatan empati yang terjadi dalam sesuatu kelompok sosial.

yawningInCrib Menguap boleh berjangkit

Kami berusaha memahami faktor paling penting yang mempengaruhi penularan menguap kepada manusia dengan mengumpulkan data selama setahun dari beberapa negara berlainan di dunia, kata ketua pengkaji di Universiti Pisa Itali, Prof Elisabetta Palagi.

Beliau berkata pihaknya melakukan kajian ke atas 109 dewasa, 53 daripadanya lelaki di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika selama 12 bulan. Sebelum ini menguap sering kali dikaitkan dengan tanda keletihan, tekanan atau perasaan bosan.
yawning Menguap boleh berjangkit

Kami membahagikan mereka kepada dua kumpulan dengan kelompok pertama menjadi orang yang mula menguap dan satu kelompok adalah pihak yang menghadapi mereka yang menguap, katanya.

Prof Palagi berkata, sepanjang tempoh kajian, pihaknya mendapati ada 480 kes menguap dengan setiap seorang mula menguap dalam tempoh tiga minit.

Kajian menunjukkan hampir separuh daripada responden yang mudah terjangkit menguap adalah mereka yang kenal satu sama lain seperti keluarga, teman rapat dan orang asing atau baru dikenali.
Faktor paling penting yang menyebabkan seseorang itu boleh menularkan tabiat menguap bukanlah kaum, warna kulit, jantina atau usia, tetapi lebih kepada bentuk hubungan dan keakraban antara mereka, katanya. – Agensi

//bharian//

Risiko dengkur




 Risiko dengkur

Jangan anggap berdengkur masalah lazim, dapatkan nasihat pakar perubatan

BERDENGKUR sering dianggap tabiat melucukan dan terlalu lazim dalam kalangan masyarakat, namun tahukah berdengkur sebenarnya gambaran awal seseorang itu bukan saja berhadapan masalah dengan pasangan dan kualiti kehidupan tetapi juga masalah kesihatan yang serius.

Tabiat berdengkur berlaku apabila seseorang mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas sewaktu tidur. Ia disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong, menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yang menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut ‘steator’.

Masalah ini biasanya dikesan menerusi diagnosis pakar perubatan dari segi sejarah pesakit atau pasangan tidur yang kerap mempunyai masalah untuk lelap akibat terganggu.

Pesakit berdengkur juga boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Paling membahayakan sekiranya pesakit senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik.

Langkah pencegahan dengkur

  •  Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan.
  •  Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur.
  •  Memilih posisi tidur secara mengiring.
  •  Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari.
  •  Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit.

/// bharian ///

Because I care about you – Hazmanfadzil.com visitor





JUST TO REMIND YOU TO BE MORE CAREFUL

Answer the phone by LEFT ear

 Because I care about you   Hazmanfadzil.com  visitor


Do not drink coffee TWICE a day

 Because I care about you   Hazmanfadzil.com  visitor

Do not take pills with COOL water

 Because I care about you   Hazmanfadzil.com  visitor

Do not have HUGE meals after 5pm

 Because I care about you   Hazmanfadzil.com  visitor

Reduce the amount of TEA you consume

 Because I care about you   Hazmanfadzil.com  visitor

Reduce the amount of OILY food you consume

 Because I care about you   Hazmanfadzil.com  visitor

Drink more WATER in the morning, less at night

 Because I care about you   Hazmanfadzil.com  visitor

Keep your distance from hand phone CHARGERS

 Because I care about you   Hazmanfadzil.com  visitor

Do not use headphones/earphone for LONG period of time

 Because I care about you   Hazmanfadzil.com  visitor

Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning

 Because I care about you   Hazmanfadzil.com  visitor

Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping

 Because I care about you   Hazmanfadzil.com  visitor

When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times

ˆˆ Because I care about you   Hazmanfadzil.com  visitor

Forward this to those whom you CARE about

p/s : Dengan kata lain sila sebar dan kongsikan info berguna ini….

Risiko penghidap diabetes mati awal




ke 01.1 Risiko penghidap diabetes mati awal

PESAKIT diabetes terdedah kepada kehadiran penyakit lain dalam tubuh.


KENCING manis atau diabetes dipercayai meningkatkan risiko kematian yang dikaitkan dengan saluran darah seperti kanser payu dara dan radang paru-paru.

Kes yang pernah dirujuk kepada sebuah pusat kesihatan di New York membuktikan penghidap diabetes yang berusia 50 tahun meninggal dunia enam tahun lebih awal berbanding individu yang tidak menghidap penyakit itu.

Kajian yang dijalankan untuk menyukat tahap diabetes itu mendapati penyakit tersebut turut meningkatkan risiko kematian pramatang yang disebabkan kegagalan fungsi sistem saluran darah.

Ujar seorang penyelidik dari Universiti Cambridge di Britain, Dr. John Danesh, diabetes semakin mengancam kesihatan masyarakat dunia.

“Ketika kebanyakan orang beranggapan masalah jantung menjadi punca utama kematian, diabetes pula mengejutkan kita apabila muncul sebagai pemangkin utama kepada penyakit lain di dalam tubuh manusia,” katanya.

Tambahnya, perokok jangka panjang juga menjadi penyebab pengurangan jangka hayat manusia selama 10 tahun berbanding individu yang tidak merokok.

Diabetes tersenarai sebagai tujuh penyakit utama penyebab kematian di Amerika dengan 26 juta rakyatnya menghidap penyakit itu.

Diabetes terjadi apabila kadar insulin dalam badan dihasilkan terlalu sedikit atau langsung tidak boleh digunakan untuk menghasilkan gula dalam darah.

Selain itu, diabetes dikaitkan dengan obesiti melampau yang menyebabkan risikonya bertambah dua kali ganda untuk pesakit diserang lemah jantung atau strok.

Namun, mereka juga mendapati 25 peratus pesakit diabetes lebih berisiko menderita kanser dan maut akibat kehadiran pelbagai penyakit lain termasuk jangkitan, komplikasi jantung dan buah pinggang selain kemalangan.

Dalam kes jangkitan penyakit berbahaya, diabetes melemahkan sistem imunisasi badan pesakit sekali gus memudahkan peluang virus menyerang sistem tubuh.

Diabetes juga boleh menyebabkan masalah penglihatan dan kegagalan sistem saraf pada kaki seterusnya mendorong seseorang itu terlibat dalam kemalangan.