Foto Tools Class (FTC) untuk peminat fotografi




PosterFTC Foto Tools Class (FTC) untuk peminat fotografi

FOTO TOOLS CLASS (FTC)
Ketahui aksesori fotografi yang penting untuk anda dan cara penggunaannya


KINI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN!
Tarikh 20 Februari 2011 (Ahad)
Lokasi Pusat Latihan FOTOTEACHER.COM
No. C-1-9, Tingkat 1, Blok C, Megan Phoenix,
Jalan 2/142A, Km 10, Off Jalan Cheras,
56000 Kuala Lumpur
Koordinat GPS – N 003.07789, E 101.74423
[peta lokasi]
Jumlah Peserta Maksimum 30 orang
Tinggal lagi 30 7 tempat kosong.
KLIK DI SINI UNTUK PENDAFTARAN

FTC%20Assorted%20Accessories%20Picture%20for%20website Foto Tools Class (FTC) untuk peminat fotografi

Selain dari kamera dan lensa, aksesori fotografi memainkan peranan yang penting dalam penghasilan foto yang kreatif dan berkualiti. Anda perlu menggunakan aksesori atau peralatan tertentu untuk merakam foto yang tertentu. Dalam kelas ini, anda akan diterangkan mengenai berbagai info dan tips menarik yang perlu anda tahu sebelum anda membeli aksesori fotografi  agar anda tidak tersilap beli peralatan yang tidak sesuai. Anda juga akan diterangkan mengenai fungsi berbagai aksesori fotografi di dalam program ini. Anda akan dibantu untuk membuat keputusan – apakah aksesori yang sesuai untuk anda gunakan.
MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM
Program FOTO TOOLS CLASS
Kod program FTC
Durasi 4 jam
Masa 9.00 pagi – 1.00 tengahari (pendaftaran jam 8.30 pagi)
Bahasa perantara Bahasa Melayu
Jumlah peserta Eksklusif untuk 30 orang sahaja
Syarat penyertaan Untuk peminat fotografi baru (beginners)
Perkara yang perlu dibawa
1) Set kamera DSLR anda
2) Pen dan buku nota
Yuran penyertaan RM50.00 seorang (termasuk sarapan pagi)
ANTARA SUBJEK DI DALAM PROGRAM INI:
1 FILTER
Penuras cahaya yang dipasang dibahagian depan lensa berguna untuk menjadikan foto anda lebih menarik sesuai dengan kesan yang anda inginkan. Pelajari mengenai jenis-jenis filter, filter factor dan panduan membeli filter
2 LENS BABY
Satu inovasi unik dalam penciptaan lensa yang meggalakkan anda menjadi lebih kreatif. Selain dari kebolehan mengawal sweet spot, Lens Baby juga mempunyai sistem aksesorinya yang tesendiri yang menjimatkan kos untuk mendapat kesan fisheye, close-up dan sebagainya. Ketahui bagaimana Lens Baby boleh memberikan berbagai kesan unik yang anda kehendaki.
Maklumat lanjut mengenai Lens Baby SILA KLIK DI SINI
3 LENS & SENSOR CLEANER
Berikan penjagaan terbaik kepada lensa dan sensor kamera anda yang berharga dengan menggunakan aksesori dan teknik pencucian yang betul
4 SILICA GEL & DRY BOX
Lensa yang tidak dijaga dengan betul akan diserang kulat.  Akibatnya, lensa anda akan menghasilkan  foto yang kabur.  Kesan lain – anda perlu mengeluarkan kos untuk menghilangkan kulat tersebut dan nilai lensa anda akan menjadi susut. Ketahui cara penjagaan lensa dengan menggunakan silica gel dan dry box
5 TRIPOD
Dengan memiliki tripod yang sesuai, anda akan dapat hasilkan foto yang tidak dapat anda hasilkan sebelum ini, seperti merakam foto slow shutter untuk pemandangan waktu malam atau untuk kesan khas pergerakan awan dan air. Ketahui ciri-ciri penting pada tripod dan bagaimana memilih tripod yang sesuai untuk kegunaan anda.
6 REMOTE RELEASE
Remote release berguna untuk melepaskan shutter dengan meminimakan gegaran apabila menggunakan slow shutter. Ianya juga boleh digunakan untuk merakam foto tanpa anda perlu berada hampir dengan kamera anda. Pelajari mengenai peralatan ini dan ketahui samada ianya sesuai untuk kegunaan anda.
Maklumat lanjut mengenai remote release, SILA KLIK DI SINI
7 BUILT-IN FLASH DIFFUSER
Cahaya dari built-in flash kamera anda memberikan kesan cahaya yang kasar dengan bayang yang ketara. Ketahui teknik yang betul untuk menghasilkan foto yang cantik walau hanya menggunakan built-in flash yang digandingkan dengan built-in flash diffuser
8 BATERI RECHARGEABLE UNTUK FLASH
Ketahui bagaimana bateri rechargeable boleh menjimatkan dan memudahkan kerja anda. Fahami juga aspek teknikal mengenai bateri dan berbagai ciri-ciri bateri di pasaran.
9 FILL-IN CARD DAN LIGHT MODIFIER UNTUK FLASH
Bounce flash menghasilkan cahaya yang lembut. Tetapi bagaimana jika anda tiada tempat untuk memantulkan cahaya? Teknik penggunaan fill-in card dan light modifier yang betul boleh mengatasi masalah ini.
10 WIRELESS FLASH TRIGGER
Untuk mempunyai kawalan cahaya yang lebih kreatif, anda perlu menggunakan flash secara off-camera. Wireless flash trigger perlu digunakan untuk tujuan ini. Anda akan diterangkan mengenai jenis-jenis wireless flash trigger serta kebaikan dan kelemahan berbagai jenama yang terdapat di pasaran.
11 SOFTBOX DAN UMBRELLA UNTUK PORTABLE FLASH
Untuk kawalan pencahayaan kreatif menggunakan portable light, softbox dan umbrella khas untuk portable flash perlu digunakan. Ketahui ciri-ciri peralatan yang sesuai dan tips ringkas cara mendapatkan pencahayaan yang baik.
12 REFLECTOR
Aksesori kawalan pencahayaan yang paling asas tetapi amat penting. Perlu dimiliki oleh jurufoto perkahwinan, jurufoto potret dan jurufoto studio. Kenali berbagai jenis reflector dan cara penggunaan yang betul.
13 SESI MENCUBA PERALATAN
Anda boleh mencuba sendiri semua peralatan fotografi yang ditunjukkan di dalam program ini. Nilai sendiri samada peralatan ini sesuai untuk kegunaan anda.
14 SESI SOAL JAWAB
Tanya apa sahaja soalan mengenai aksesori fotografi dalam sesi soal jawab ini!
Peserta boleh membeli beberapa aksesori fotografi yang kami tawarkan semasa kelas ini dengan harga diskaun. Tetapi, anda tidak perlu risau, pembelian tidak diwajibkan. Kepada peserta yang berminat untuk membeli, jangan lupa bawa wang tunai atau kad kredit.

Untuk melihat dan membeli peralatan fotografi
yang kami tawarkan
, SILA KLIK DI SINI

KINI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN!
Tarikh 20 Februari 2011 (Ahad)
Lokasi Pusat Latihan FOTOTEACHER.COM
No. C-1-9, Tingkat 1, Blok C, Megan Phoenix,
Jalan 2/142A, Km 10, Off Jalan Cheras,
56000 Kuala Lumpur
Koordinat GPS – N 003.07789, E 101.74423
[peta lokasi]
Jumlah Peserta Maksimum 30 orang
Tinggal lagi 30 7 tempat kosong.
KLIK DI SINI UNTUK PENDAFTARAN


New%20Brand%20of%20Foto%20Tools Foto Tools Class (FTC) untuk peminat fotografi

240 total views, no views today