Tag Archives: tips SERP

Website Google paling kerap dilawati tahun 2011

lu 05.1 Website Google paling kerap dilawati tahun 2011

Naib Presiden Google, Bradley Horowitz (kiri) bergambar bersama anggota kumpulan pop Jepun AKB48, Atsuko Maeda (tengah) dan Mariko Shinoda semasa syarikat Google mengumumkan rancangan untuk memperluaskan pasarannya di Asia melalui produknya Google+ di Tokyo pada 8 Disember lalu. – AFP

 

WASHINGTON  – Enjin carian Internet – Google dinobatkan sebagai destinasi web paling kerap dilawati di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2011 untuk mencari pelbagai sumber maklumat, diikuti laman sosial Facebook dan Yahoo!.

Menurut firma penyelidik pasaran Nielsen, Google menerima 153.4 juta pelawat secara purata setiap bulan daripada medium komputer rumah dan tempat kerja.

 Website Google paling kerap dilawati tahun 2011

Facebook mencatatkan sebanyak 137.6 juta pelawat pada setiap bulan, manakala Yahoo! memperoleh 130.1 juta.

 Website Google paling kerap dilawati tahun 2011

Enjin carian Microsoft, MSN, WindowsLive dan Bing pula mencatatkan sebanyak 115.9 juta pelawat dalam tempoh sebulan.

Laman web YouTube turut tidak ketinggalan menjadi pilihan rakyat AS untuk mendengar lagu dengan mencatat 106.7 juta pelawat.

 Website Google paling kerap dilawati tahun 2011

Sementara itu, Facebook yang dianggap sebagai fenomena apabila mencatatkan sebanyak 800 juta keahlian dari seluruh dunia berada pada tangga teratas bagi kategori rangkaian sosial dan blog.

Laman sosial tersebut menerima sebanyak 137.6 juta pelawat setiap bulan iaitu tiga kali ganda berbanding 45.7 juta pelawat bagi blog, manakala Twitter hanya memperoleh 23.6 juta pelawat. – AFP

Laman sosial Myspace yang cuba untuk bangkit semula mencatatkan sebanyak 17.9 juta pelawat secara purata dalam sebulan dan produk terbaru Google, Google+ memperoleh 8.2 juta pelawat. – AFP

///utusan///

Google perkenal Verbatim




MOUNTAIN VIEW, California 17 Nov. – Enjin pencarian Google semalam memperkenalkan ciri terbarunya, Verbatim yang memudahkan carian pengguna, umum Google.

Mod Verbatim boleh dicapai dengan menekan butang Show search options yang berada di sebelah kiri halaman keputusan carian Google.

 Google perkenal Verbatim

sumber :- ghacks.net

Melalui mod Verbatim, Google akan menyenaraikan carian pengguna berdasarkan perkataan penuh yang ditaip pada kotak enjin carian.

Menurut blog Google, mod Verbatim berbeza dengan enjin pencarian Google yang sedia ada kerana ia tidak akan ‘memperbaiki’ carian.

Mod Verbatim tidak akan melakukan pembetulan ejaan secara automatik, mengaitkan dengan laman web yang pernah dilawati sebelum ini dan menyertakan sinonim.

Ia juga tidak akan mengeluarkan keputusan carian yang maksudnya serupa dan mencari perkataan yang mempunyai kata dasar yang sama.

Sebelum ini, pengguna perlu menggunakan tanda ‘+’ antara perkataan untuk mendapatkan carian yang tepat tetapi Google menggantikannya dengan tanda pembuka dan penutup kata (“ ”) antara perkataan.

Ada yang menyatakan pencarian dengan menggunakan tanda `+’ itu digantikan kerana Google mahu menggunakannya dalam profil Google+ tanpa mengelirukan pengguna.

Oleh itu, Google mencipta Verbatim bagi memudahkan pencarian perkataan yang disifatkan enjin carian itu lebih tepat dan mudah. - Agensi

 

/// utusan ///