Tag Archives: tv lcd

Definisi SL90 LG




LG Electronic turut memperkenalkan tujuh lagi televisyen LCD LED pada tahun ini.

in 04.1 Definisi SL90 LG

KEHADIRANNYA dalam kediaman menjadikan segalanya kelihatan bergaya.

PENGALAMAN baru dunia televisyen berskrin cecair kristal yang menggunakan teknologi diod pemancar cahaya (TV LCD LED) boleh dirasai pada paparan TV LCD LED Digital SL90.

Model SL90 keluaran LG Electronic menampilkan reka bentuk moden dengan menggunakan teknik Injection Compression Molding (ICM) merupakan salah satu televisyen ternipis di dunia.

Teknik ICM itu menghasilkan permukaan berupa kaca, hampir-hampir menyingkirkan ruang antara skrin dan permukaan tepi sekali gus amat sesuai dengan gaya hidup moden rakyat Malaysia.

Televisyen moden nipis ini juga dilengkapi dengan lampu sorot LED untuk menghasilkan nisbah kontras dinamik tinggi sebanyak 3,000,000:1 bagi kualiti gambar yang sempurna dan meningkatkan piksel warna halus.

Ia adalah untuk memastikan pengguna yang menonton televisyen tersebut seolah-olah mengalami pengalaman sebenar ketika menyaksikan rancangan serta filem kegemaran mereka.

in 04.2 Definisi SL90 LG

PANDANGAN sisi yang mempesonakan.


Selain itu, skrin antisilau 1080 berdefinisi tinggi penuh yang terdapat pada televisyen ini mampu mengurangkan bayangan kerana ia diterap dengan teknologi TruMotion 100Hz untuk menawarkan kejelasan mengagumkan.

Bagi penggemar muzik dan ingin melihat gambar dari telefon bimbit melalui skrin lebih besar kemudahan canggih Bluetooth juga disediakan untuk mereka. Sistem audio SL90 membantu keterujaan tontonan kerana dilengkapi speaker ‘halimunan’ khas berkualiti tinggi.

Tidak perlu lagi bimbang tentang aspek tenaga. Model ini lebih mesra alam dengan menggunakan teknologi penjimatan tambahan tenaga pintar (Smart Energy Saving) yang mampu menjimatkan sehingga 70 peratus penggunaan tenaga.

Pengurus Besar Jualan LG Electronic, Chee Khay Huat berkata, beliau yakin dengan prospek pasaran TV LCD LED di Malaysia pada 2010 lantaran trend itu sejajar dengan peningkatan gaya hidup moden di kalangan rakyat negara ini.

in 04.3 Definisi SL90 LG

BIARPUN nipis, SL90 dilengkapi pembesar suara tersembunyi dengan kualiti audio memuaskan.


“Kita juga mengambil kira peningkatan permintaan bagi kediaman apartmen dan kondominium, sudah tentu pemilik kediaman ini mahukan transformasi bagi hiburan rumah. LG Electronic kini menguasai 22 peratus TV LCD dan menyumbang 10 peratus kepada jualan hiburan di rumah,” katanya.

Beliau juga menambah, LG Electronic akan memperkenalkan tujuh lagi TV LCD LED pada tahun ini bagi memastikan setiap isi rumah di Malaysia berpeluang menggunakannya. Katanya, dua lagi TV terbaru itu akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini termasuk TV bersaiz 72 inci.

“Kepelbagaian siri bagi TV LCD LED ini adalah strategi pemasaran LG Electronic untuk memastikan produk kami mampu dibeli oleh semua golongan termasuk pelanggan yang berpendapatan rendah,” ujar beliau.

Pengenalan produk itu dijangka membantu LG Electronic mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak RM800 juta pada tahun ini berbanding RM600 juta pada 2009.

Selain itu, tambah Chee, ia juga bakal memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama utama hiburan di rumah di kalangan pengguna Malaysia. Ia sekali gus membolehkan LG Electronic melonjakkan kedudukannya di tempat kedua utama dalam menguasai pasaran tersebut.

Model TV LCD LED Digital SL90 ditawarkan pada dua saiz iaitu 42 dan 47 inci, masing-masing pada harga RM7,499 dan RM10,999.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk terbaru ini pengguna boleh melayari laman sesawang http://www.lge.com.my, http://www.lgblog.com.my atau www.lgborderless.com -

-kosmo

Teknologi 3D ceriakan kediaman




Bagi memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman menonton imej 3D yang seolah-olah ‘hidup’, TV plasma itu perlu ditonton dengan kaca mata khas.

in 01.1 Teknologi 3D ceriakan kediaman


SELAMA ini untuk menonton filem tiga dimensi (3D) kita akan ke panggung wayang. Bagaimanapun bukan semua panggung wayang menyediakan kemudahan tersebut dan cerita yang dipaparkan pula adalah sama.

Namun, pernahkah anda terfikir mungkin anda tidak perlu lagi ke panggung wayang apabila teknologi 3D bakal berada di kediaman anda?

Syarikat gergasi elektronik, Panasonic bakal merealisasikan impian itu untuk membawa 3D ke ruang tamu konsumer tahun depan dengan terhasilnya TV 3D panel paparan plasma (PDP) bersaiz 127 sentimeter (sm) yang berdefinisi tinggi (HD).

Buat julung-julung kalinya TV plasma prototaip 3D itu dipamerkan pada Pameran Bersama Teknologi Terkini (Ceatec) 2009 baru-baru ini di Makuhari Messe, Chiba, timur Tokyo, Jepun.

in 01.2 Teknologi 3D ceriakan kediaman

CERMIN mata khas 3D yang mampu mengawal bukaan pengatup dengan tepat.

Ceatec 2009 merupakan pameran dagangan tahunan Jepun Teknologi Maklumat (IT) dan elektronik terbesar di Asia.

Perubahan teknologi seiring dengan perkembangan semasa turut mengheret pengeluar filem menghasilkan filem-filem dengan format 3D pada masa kini.

Sebagai contoh di Jepun sahaja terdapat 180 panggung wayang 3D. Di seluruh dunia daripada 200 panggung wayang 3D yang dicatatkan pada 2006 kini mencecah kepada 4,000 buah panggung yang menawarkan filem 3D.

in 01.3 Teknologi 3D ceriakan kediaman

SALAH satu adegan yang dipetik daripada filem Avatar iaitu filem terbaru arahan James Cameron yang menggunakan teknologi 3D.

Ini menunjukkan 3D semakin menakluk dunia dan para pembikin filem di Amerika Syarikat (AS) begitu serius dalam menghasilkan filem berbentuk 3D.

Antara filem 3D yang ditayangkan sejak Januari tahun 2009 ialah Monster Vs Aliens, Pixar’s Up, Ice Age, Final Destination, Toy Story 1&2 dan yang terbaru, filem yang kini menjadi tumpuan di panggung, Avatar.

Teknologi Blu-ray

Lebih menarik, Avatar merupakan sinergi antara Fox dan Panasonic Corporation yang turut memangkin pembuatan teknologi 3D untuk konsumer.

Keistimewaan 3D memberikan pengguna satu pengalaman yang berbeza dengan menjadikan anda seolah-olah sebahagian daripada adegan filem berkenaan.

in 01.4 Teknologi 3D ceriakan kediaman

TEKNOLOGI 3D berjaya membawa dan mencipta satu pengalaman menonton yang mengujakan. – Gambar hiasan


Bagaimana teknologi itu diaplikasikan di kediaman anda? Penonton yang inginkan kehebatan 3D di ruang tamu mereka hanya boleh menonton filem yang dipadatkan ke dalam cakera padat Blu-ray.

Teknologi Blu-ray yang diperkenalkan kepada umum sejak tiga tahun lalu menjadi penghubung antara pembuat filem 3D dan konsumer setakat ini.

Sebuah cakera padat Blu-ray yang mampu memuatkan sehingga 50 gigabait (GB) berbanding cakera padat digital (DVD) kini dilihat bakal mendominasi pasaran jika filem-filem 3D menjadi pilihan penonton pada masa depan.

in 01.5 Teknologi 3D ceriakan kediaman

TEKNOLOGI cakera Blu-ray menjadi penghubung antara pembikin filem dan pengguna.

“Kami menjangkakan pasaran Blu-ray mampu bersaing secara positif dengan DVD di mana 2011 akan menyaksikan unjuran Blu-ray bakal melepasi pasaran semasa dengan AS$8 bilion (RM27.50 bilion) berbanding DVD,” kata Pengurus Besar Strategi Perniagaan Peranti Storan Panasonic, Masayuki Kozuka dalam ucapan alu-aluannya kepada media di Panasonic Centre, Chiba, Tokyo.

Jelasnya, pasaran DVD sejak dua tahun lalu mengalami ketepuan dalam pengeluaran secara besar-besaran.

Bagaimanapun dengan bantuan teknologi Blu-ray, pasaran filem atau rancangan 3D mampu dilakukan lebih awal sebelum siaran rancangan 3D dapat dilakukan sepenuhnya oleh stesen TV selepas 2011.

Sebelum ini, untuk menonton filem 3D kita perlu menggunakan kaca mata khas yang berwarna hijau dan merah, tetapi hari ini tidak lagi.

Pasaran Malaysia

Bagi memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman menonton imej 3D yang seolah-olah nampak ‘hidup’, TV plasma itu perlu ditonton dengan kaca mata khas. Kaca mata itu dilengkapi pengatup aktif dengan ketepatan imej yang tinggi.

in 01.6 Teknologi 3D ceriakan kediaman

SYARIKAT elektronik gergasi berhimpun pada pameran Ceatec untuk mempamerkan teknologi terbaru mereka.

Menerusi teknologi pemacu 3D Panasonic, kaca mata khas itu mampu mengawal bukaan pengatup secara tepat antara mata kiri dan kanan ketika menonton untuk membolehkan ia diselaras dengan paparan pada TV.

Idea untuk menghasilkan TV 3D untuk sistem teater rumah diilhamkan daripada prototaip teater rumah 3D Panasonic. Ia merupakan TV yang pertama dunia yang dibangunkan tahun lalu. Sistem teater itu terdiri daripada TV 3D 261 sm (103 inci) dan pemain cakera Blu-ray.

Selain itu, Panasonic turut mewujudkan sistem rakaman 3D sehinggalah kepada tontonan konsumer.

in 01.7 Teknologi 3D ceriakan kediaman

TONY ENDOH menunjukkan protaip TV plasma HD dan kaca mata 3D pada pameran Ceatec di Tokyo, baru-baru ini.

Ini memberikan kelebihan kepada mereka untuk mengenalpasti kelemahan yang ada daripada sumber hinggalah kepada penonton.

in 01.8 Teknologi 3D ceriakan kediaman


Sebagai pendahulu teknologi 3D global, Panasonic menjalinkan kerjasama dengan Hollywood untuk produksi dan pembikinan filem 3D.

Di Malaysia, TV 3D plasma HD Panasonic bakal memasuki pasaran tahun hadapan di mana ia dilihat bakal menyumbang kepada kenaikan jualan tahunan sebanyak lima peratus.

Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn Bhd., Tony Endoh berkata, setakat ini jualan TV panel rata dalam lingkungan antara 20 hingga 30 peratus setahun.

“Dengan pengenalan TV 3D tahun hadapan kita percaya ia akan menyumbang kenaikan lima peratus pada hasil jualan yang turut dimangkinkan dengan pasaran konsumer yang sedang meningkat.

“Itu juga disebabkan pasaran konsumer di Malaysia tidak terjejas dengan masalah ekonomi global yang melanda dunia kini dan kami melihat ada pertambahan jualan keseluruhan yang akan berakhir pada penghujung Mac 2010 sebanyak RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun fiskal 2009,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai 3D Panasonic layari laman web http://www.panasonic. com/3d