Selamat Hari Lahir Malay Food Blogger Malaysia – 15 Ogos Setiap Tahun

most beautiful birthday cake

 

Alhamdulillah….

Bersyukur ke hadrat ILAHI di mana saya masih lagi dipanjangkan umur untuk tahun ini dan kebetulan ianya jatuh pada hari Jumaat yang mulia.Dan kita semua sedia maklum kalau nak senang beli kek untuk apa-apa majlis pastinya akan terjah Restoran Secret Recipe kan… Alangkah bestnya kalau dapat tajaan kek harijadi oleh PAKAR KEK MALAYSIA ( LELAKI ) – yang giat promosikan blogpost untuk Contest Iphone 5S ( Gurau je bro … ) … 

Read More »

2,867 total views, 4 views today

Selamat Hari Lahir HAZMAN BIN FADZIL ( 15 OGOS setiap tahun )

Happy Birthday hazman!

Pagi nie….

Bila saya nak buka google…. tengok kat DOODLE diorang ada gambar kek la pulak

bila arahkan pointer pada gambar kek tersebut ianya adalah ditujukan buat

diri saya…. NICE !!! Rasanya dah diaplikasikan ( didedikasikan ) bagi setiap pengguna

GMAIL kalau tak silap saya ….

mak dan ayah

Gambar cilok dari blog adik sendiri

Buat mak ayah saya ucapan terima kasih tak terhingga kerana membesarkan

dan mendidik sampai saya jadi apa yang ada sekarang nie…. Cuma diri ni masih

sedang berusaha untuk ke arah berumahtangga seperti mana yang mereka

sangat harapkan….

Buat adik beradik kandung saya….

Semoga ikatan famili kita akan lebih erat sentiasa dan dipermudahkan urusan

untuk menghadapi hari-hari mendatang….

Kepada rakan blogger….

Terima kasih kerana masih menjadi penyokong setia blog saya nie… Semoga kita semua

akan lebih sukses dalam dunia blogging…

 

p/s : Apakah hari semasa saya lahir pada 15 OGOS 1980 ?

 

 

903 total views, 1 views today

Selamat Hari Lahir …. MAK !!!

Akhirnya….

Setelah masuk tahun keEMPAT saya dalam dunia blogging nie….inilah kali pertama saya

buat post entry pasal nak ucapkan sempena hari kelahiran ibunda yang tercinta….

MINAH BINTI MINGAN(yesss… ada keturunan JAWA di situ ) tapi orak reti ngomong… 😉

PULUT KUNING yang dah lama saya tak makan…. more info di sini >>> PULUT KUNING 

Mak saya kini dah berumur 57 tahun…..Alhamdulillah masih lagi sihat cuma sekarang nie

masa banyak diluangkan  menjaga cucu lelaki ( ANAK si KID ) a.k.a Abang Ngah dan

kadang-kadang jaga cucu perempuan ( DHIYAZ86 ) …

Biasanya orang kata kalau anak lelaki nie lebih rapat ngan mak kan…..tapi itu tidak terjadi

pada diri saya….Lebih senang monolog dengan diri sendiri…. Sehinggalah ke hari ini…

soalan PANAS setiap kali saya balik jenguk beliau time offday ( ahad ) ialah :-

” BILA LAGI ABANG NAK KAHWIN nie …. ? “ ( Ada kerisauan di situ )….

Dan saya lebih suka berikan reaksi senyum tawar atau diamkan diri sahaja….. Takut saya

terlepas cakap yang mungkin buat dia tersinggung….

Gambar masa HARI RAYA AIDILADHA tahun lepas…. ( offday )

Ringkasnya …

Sebagai anak saya akan cuba untuk menjadi insan yang lebih baik setiap hari….. -TAMAT-

 

p/s : Ada orang baik hati …JANJI nak FULLY SPONSORED lunch for the FAMILY !!!

 

 

218 total views, 2 views today