Setiap hujung minggu….
Kebiasaannya saya akan pulang ke rumah parent saya di kajang…. dan selalunya
nasi lemak menjadi makanan kegemaran saya untuk bersarapan pagi….
Ahad pagi yang lalu saya sempat singgah ke Hailam Kopitiam di Kajang untuk makan
bekfes di pagi hari….
Ini adalah di antara hiasan dinding yang terdapat di Hailam Kopitiam yang memang
kena dengan konsep ‘kedai kopi’
Saje je saya order air barli ais…. di luar kebiasaan saya yang selalu minum teh o je
kalau time bekfes….Bukan aper sebab cover ‘rasa pedas’ bihun goreng tomyam yang
saya order….
Kalau tak silap saya…. mengikut ilmu hiasan dalaman , apabila kita letak cermin besar
di dalam sesuatu bilik….secara tidak langsung akan memberikan rasa atau membuatkan
ruang bilik itu nampak lebih besar…. Betulkan saya kalau saya salah yea….hehhehehe
So apabila bihun goreng tomyam saya sampai…. perlahan-lahan saya cuba rasa bihun
tu…..sebab dalam menu tue diorang highlightkan HOT N SPICY…. Akan tetapi takde la
rasa pedas mana pun….sekadar rasa pes tomyam ajee….siap saya mintak sos cili
lagi sebagai penambah perisa….hahahaha
Banyak jugak udang yang terdapat dalam bihun goreng udang nie….dah siap kupas
pulak tue…. memang saya asingkan awal-awal untuk diratah kemudian…..Dan di Hailam
Kopitiam nie juga ada menyediakan menu makanan western selain set roti bakar
pelbagai jenis – sinonim dengan tema kopitiam itu sendiri…
p/s : Bila nampak je udang pasti saya akan teringat kat A.Y.A.N.G







