Tag Archives: ujikaji

Inovasi produk TERBARU

Kit uji kesuburan lelaki

JIKA sebelum ini, hanya wanita yang mempunyai kit ujian kesuburan di rumah bagi menguji kehamilan, saintis-saintis di Taiwan kini mencipta satu inovasi baru.

Mereka melaporkan baru-baru ini yang mereka telah mencipta kit ujian di rumah bagi menguji kesuburan lelaki. Ia mengukur efisiensi sel sperma iaitu faktor penting bagi menentukan keupayaan seseorang lelaki itu menjadi bapa.

in 08.1 Inovasi produk TERBARU

SAINTIS Taiwan mencipta kit ujian kesuburan lelaki bagi mengukur pergerakan sel sperma.


Kit itu yang dibangunkan di National Taiwan University, memberikan ukuran berangka bagi mengukur pergerakan sel sperma untuk sampai ke telur.

“Ketidaksuburan sering disebabkan oleh gaya hidup, seperti stres atau pengambilan tembakau. Jadi, jika manusia mengubah gaya hidup mereka, mereka akan boleh menggunakan kit ini untuk memantau perkembangan tahap kesuburan mereka,” kata Andrew Wo, ketua bagi kumpulan penyelidikan itu.

Produk yang hampir sama yang direka khas untuk kegunaan di rumah sudah terdapat di pasaran, tetapi fokus mereka setakat ini hanya pada kuantiti sel sperma, bukan pada kualiti. Demikian menurut Wo dan rakan-rakannya yang membangunkan kit terbaru itu.

Wo menjangkakan kewujudan produk itu juga akan mengukir senyuman di bibir isteri-isteri yang merasakan mereka dipersalahkan apabila gagal hamil.

“Mungkin isteri-isteri itu berfikir yang ia bukan salah mereka. Mereka boleh membeli kit ini untuk suami mereka bagi membuktikan yang mereka di pihak yang benar,” kata Wo.

Katil robotik

SYARIKAT elektronik gergasi Jepun, Panasonic

baru-baru ini telah mendedahkan ciptaan terbaru mereka iaitu katil robotik yang boleh diubah menjadi kerusi roda.

in 08.2 Inovasi produk TERBARU

KATIL robotik yang boleh diubah menjadi kerusi roda adalah hasil ciptaan terbaru syarikat pengeluar barangan elektronik Panasonic.


Katil robotik yang boleh berubah daripada katil kepada kerusi roda itu telah didedahkan menerusi foto.

Ia membolehkan pengguna tetap berasa di atas katil atau kerusi roda ketika transformasi berlaku. Ia membuatkan kehidupan manusia lebih mudah terutamanya bagi warga emas dan orang kurang upaya.

Jepun merupakan salah sebuah negara yang memiliki populasi warga tua terbesar.

Peranti mobiliti peribadi

SYARIKAT pemotoran, Honda Motor Co baru-baru ini telah mempertontonkan peranti mobiliti peribadi terbarunya yang dinamakan U3-X. Peranti berbentuk kenderaan itu telah didedahkan kepada umum pada satu majlis di ibu pejabat syarikat tersebut di Tokyo, Jepun.

in 08.3 Inovasi produk TERBARU

U3-X boleh dipandu dalam tempoh satu jam dengan kelajuan maksimum 6 kilometer sejam.

in 08.4 Inovasi produk TERBARU

U3-X dilengkapi dengan sistem pemanduan omni-directional.



U3-X dilengkapi dengan sistem pemanduan omni-directional. Dengan itu, ia boleh melaraskan kelajuan dan pergerakan untuk mengubah haluan dan berhenti pada kesemua arah.

Mempunyai ketinggian 65 sentimeter, kenderaan dengan bateri binaan dalaman itu mempunyai berat kurang daripada 10 kilogram. Ia boleh dipandu dalam tempoh satu jam dengan kelajuan maksimum 6 kilometer (km) sejam dengan cas bateri selama satu jam setengah.

-kosmo




Aplikasi belajar bahasa


in 07.1 Aplikasi belajar bahasa

KEMAHIRAN berbahasa bukan kerana bakat tetapi adalah kaedah.


KEBANGKITAN telefon-telefon pintar yang diterajui iPhone Apple telah mencetuskan inspirasi dalam pembelajaran bahasa. Sebuah firma di Hong Kong kini sedang mempeloporinya.

Berpuluh-puluh ribu aplikasi telah dibangunkan untuk iPhone sejak ia dilancarkan pada awal 2007. Aplikasi ialah program individu yang boleh dimuat turun ke telefon dan melakukan pelbagai perkara daripada mengenali muzik hinggalah memandu pelancong sekitar bandar.

Keupayaan untuk mengadun fail audio, video, teks dan data dengan sambungan Internet ke laman web pusat telah membantu penghasilan peranti pembelajaran bahasa yang lebih baik. Demikian kata usahawan Chris Lonsdale.

“Teknologi itu membolehkan anda memiliki segenap elemen sekali gus dan memberikan anda satu idea baru untuk pembelajaran bahasa,” kata Lonsdale yang menghasilkan aplikasi iPhone kursus enam bulan mempelajari bahasa Inggeris kepada warga China.

Lonsdale, penutur Mandarin dan Kantonis yang fasih telah mengenal pasti masalah pembelajaran bahasa. Beliau membangunkan teknik baru itu bagi menyelesaikan masalah obses tata bahasa yang menyebabkan ramai orang berhenti mempelajari bahasa Inggeris.

Salah satu ciri yang mustahil sebelum ini adalah untuk mempelajari bahasa Inggeris bersama video mulut seorang Inggeris menyebut perkataan-perkataan. Menerusi aplikasi Lonsdale yang dinamakan Third Ear Kungfu English, satu mulut kelihatan dan membolehkan pengguna mengikut pertuturan mulut tersebut. Ia merupakan satu teknik semula jadi kanak-kanak mempelajari sebutan menerusi ibu bapa.

“Kemahiran berbahasa bukan kerana bakat, sebaliknya kaedah,” katanya yang berusia 50 tahun.

Aplikasi tersebut telah dibangunkan dalam tempoh lapan bulan. Lonsdale dan kumpulannya menganggarkan ia akan menarik minat 20 juta pekerja yang bakal menjadi pengurus-pengurus di China.

“Mereka berusia antara 25 hingga 50 tahun yang meminati bahasa Inggeris dan memerlukannya, tetapi berfikir yang ia amat sukar untuk dipelajari,” katanya.

Robot humanoid terkecil

in 07.2 Aplikasi belajar bahasa

Robot humanoid terkecil di dunia ini berketinggian 15 sentimeter.


SEBUAH robot yang dinamakan Be-Robot telah dipamerkan di Pertunjukan Robot Antarabangsa di Taipei, Taiwan baru-baru ini. Mempunyai ketinggian sembilan sentimeter, ia kini sedang menunggu pengiktirafan daripada Rekod Dunia Guinness sebagai robot humanoid terkecil dunia.

Robot ciptaan Taiwan itu boleh berjalan, menendang dan melakukan tekan tubi. Ia dijual pada harga AS$366 (RM1,294).

Robot humanoid terkecil di dunia pada masa ini berketinggian 15 sentimeter.

Pembaca elektronik Sony

in 07.3 Aplikasi belajar bahasa

SONY memperkenalkan edisi saku pembacanya, Reader Pocket.


AMAZON.com Inc yang terkenal dengan pembaca-pembaca elektroniknya kini mempunyai pesaing apabila Sony memperkenalkan edisi saku pembacanya Reader Pocket Edition baru-baru ini.

Sony mula menjual edisi saku pembacanya berskrin lima inci, pada harga AS$199 (RM705) dan yang lebih besar pada harga AS$299 (RM1,059).

Harga yang ditawarkan itu nyata menyemarakkan persaingan kerana ia paling murah bagi buku-buku digital di Amerika Syarikat (AS).

Terapi cahaya haiwan

in 07.4 Aplikasi belajar bahasa

TEKNOLOGI baru Sensolight telah diaplikasikan pada seekor gajah di Hungary baru-baru ini.


TEKNOLOGI baru Sensolight telah diaplikasikan pada seekor gajah, Zitta yang mengalami kecederaan pada kaki di zoo dan Taman Botani Budapest, Hungary, baru-baru ini. Zitta merupakan seekor gajah berusia 40 tahun dari sebuah zoo di Belanda.

Terapi menggunakan cahaya itu telah dilaksanakan oleh seorang doktor haiwan, Endre Sos selama beberapa hari setelah rawatan tradisional tidak berhasil.

Terapi perubatan ini telah dibangunkan untuk tubuh manusia, tetapi ia juga memperlihatkan keberkesanan pada haiwan.

Plastik terurai cemar laut

in 07.5 Aplikasi belajar bahasa

PLASTIK-PLASTIK di lautan terurai apabila terdedah kepada hujan dan matahari.


PARA pencinta alam sekitar telah sekian lama melaungkan bahawa plastik adalah bahan pencemaran yang mengambil masa begitu lama untuk diuraikan. Kajian terbaru menunjukkan bahawa di laut plastik kini terurai, namun ia bukanlah satu perkara yang baik.

Beribu-ribu tan debuan plastik bertebaran di dalam laut setiap tahun, sesetengahnya pula terhimpun di pesisiran, sesetengahnya pula berpusaran dek arus membentuk himpunan sampah dasar laut Great Pacific Garbage Patch antara California dan Hawaii, dikatakan lebih besar daripada Texas, Amerika Syarikat (AS).

“Plastik untuk kegunaan harian secara umumnya dianggap sebagai bahan yang kukuh,” kata seorang ahli kimia, Katsuhiko Saido dari Nihon University, Chiba, Jepun.

“Kami dapati plastik-plastik di lautan sebenarnya terurai apabila ia terdedah pada hujan dan matahari serta kondisi-kondisi persekitaran, sekali gus menunjukkan pencemaran global akan berterusan pada masa depan,” kata Saido yang mempersembahkan penemuannya pada perjumpaan tahunan American Chemical Society, baru-baru ini.

Saido melaporkan bahawa plastik yang terurai mengeluarkan kimia toksik seperti bisphenol A dan PS oligomer, yang boleh menjejaskan fungsi hormon haiwan.

-kosmo