Tag Archives: ulasan produk

Elektro – ULASAN PRODUK

Walkman Siri W, Siri X Sony

in 03.1 Elektro   ULASAN PRODUK

WALKMAN Siri X.


SONY Malaysia mengembangkan sayap koleksi Walkman jenama itu dengan dua rangkaian inovasi baru iaitu siri X1000F dan W202 baru-baru ini.

Pemain MP3 video siri X1000F menjanjikan teknologi audio Sony terbaik seperti S-Master dan pembatalan bunyi digital bagi memperoleh kualiti audio paling sempurna. Dilengkapi dengan antara muka yang mudah digunakan dan intuitif, ia jelas satu produk ideal untuk penggemar muzik dan filem.

Siri W pula memperkenalkan gaya pemakaian yang berevolusi dan fon telinga yang direka dengan kapasiti playback muzik. Ia juga membebaskan pengguna daripada masalah wayar-wayar bersangkutan, sekali gus membenarkan pengguna menikmati muzik menerusi kaedah yang baru.

Menjanjikan pengalaman pelanggan dalam dunia bunyi dan video, siri Walkman X1000F menawarkan panel OLED (Organic Light-emitting Diode) binaan dalam tiga inci. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan teknologi Audio Digital Jelas untuk prestasi audio dan visual yang lebih cemerlang.

Tambahan pula, siri X1000F juga membolehkan sambungan Internet dilakukan bagi pengguna menonton video YouTube dan memuat turun biarpun dalam perjalanan.

Walkman Siri W yang boleh dipakai pada kepala bermakna pengguna harus melupakan walkman generasi lama. Sebabnya, tiada lagi, wayar fon telinga yang bersangkutan. Malah, ia menawarkan ciri-ciri inovatif baru seperti sistem navigasi ZAPPIN dan kawalan Jog Dial untuk menikmati muzik.

Pengarah Urusan Sony Malaysia, Naoi Sudo pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, Sony sentiasa berusaha meningkatkan keseronokan menikmati muzik dan pengalaman berhibur ke satu tahap yang lain.

“Walkman Siri W memperkenalkan satu pendekatan baru untuk menikmati muzik secara mudah alih,” katanya.

Walkman Siri X

Hadir dengan kombinasi teknologi audio dan video, Siri X ini merupakan pemain media digital pertama di dunia yang mengintegrasikan teknologi pembatalan bunyi digital. Teknologi ini mampu mengurangkan bunyi persekitaran secara efektif untuk menghasilkan kualiti bunyi yang lebih jelas.

Dilengkapi dengan tetapan persekitaran yang baru, pengguna boleh menikmati muzik atau video menerusi pemain media itu sama ada di dalam bas, kereta api, kapal terbang mahupun berada di pejabat. Jangka hayat bateri yang boleh bertahan sehingga 36 jam (untuk muzik) manakala sembilan jam (untuk video) juga menjadikannya satu gajet bijak yang harus dimiliki oleh semua orang.

Selain itu, pengguna tidak akan kecewa apabila mengetahui Walkman Siri X ini juga menyokong platform LAN dan didatangkan dengan pelayan NetFront yang memudahkan anda melayari laman web.

Pemacu keras Apollo UX

in 03.2 Elektro   ULASAN PRODUK


NIPIS dan senang dibawa ke mana-mana, pemacu keras mudah alih 2.5 Apollo UX ini direka agar sepadan dengan saiz tapak tangan atau poket sebuah beg pejabat. Ia menawarkan kapasiti simpanan untuk data, gambar, video dan muzik yang lebih tinggi. Dikuasakan sepenuhnya dengan USB 2.0, pemacu keras itu boleh didapati pada kapasiti 160GB, 250GB, 320GB dan 500GB. Tidak memerlukan bekalan kuasa tambahan, sebuah indikator biru lazimnya menunjukkan proses pemindahan data yang berlaku. Perisian Total Media Backup yang mudah digunakan juga disertakan. Dengan saiz 127.4mm x 80.9mm x 17.2mm, ia didatangkan dengan tempoh jaminan selama tiga tahun.

Pencetak Laser E120

in 03.3 Elektro   ULASAN PRODUK

HP Mini ini menawarkan penampilan dan kemudahan yang cukup menarik.


REKAAN komputer riba HP Mini itu diilhamkan oleh seorang pereka pemenang anugerah, Vivienne Tam. Memilih bunga peoni, Tam mengadunkan rona merah dan ungu dalam rekaan koleksi Musim Bunga 2009. Sebagai komputer riba mini rekaan seorang pereka yang pertama di dunia, HP Mini menawarkan penampilan ringkas dan nipis serta ideal untuk kemudahan mengirim e-mel, IM atau bersembang menerusi kamera mini bina dalam di ruang maya. Produk ini hadir dengan paparan 10.1 inci dan tubuh yang berukuran satu inci tebal.

-kosmo