Astro Tutor TV, Saluran Ulang Kaji UPSR Pertama Malaysia




Dato%27%20Rohana%20Launching%20Tutor%20TV1 Astro Tutor TV, Saluran Ulang Kaji UPSR Pertama MalaysiaDatuk Rohana (dua dari kanan) melancarkan Astro Tutor TV.

ASTRO melancarkan Astro Tutor TV, sebuah saluran baru mulai 18 Julai hingga 23 September ini yang khusus untuk membantu para pelajar UPSR mengulangkaji peperiksaan mereka.

Saluran tersebut menawarkan kandungan berasaskan sukatan pendidikan sekolah-sekolah di Malaysia dan perkhidmatan interaktif untuk keperluan para pelajar.

Selaras dengan komitmen Astro untuk menawarkan inspirasi dan peluang pembelajaran seumur hidup yang relevan melalui platformnya, saluran inovatif ini menawarkan tutorial 24 jam sehari untuk membantu pelajar UPSR mengulangkaji mengikut kemampuan dan keselesaan tersendiri untuk mereka mengulangkaji di rumah masing-masing.

Astro Tutor TV menumpukan kepada subjek teras UPSR seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Melalui pendekatan yang holistik untuk persiapan peperiksaan, program-program yang telah diatur membantu para pelajar menguasai tajuk yang sukar termasuk nasihat tentang strategi pembelajaran, motivasi diri, pengurusan masa dan kepentingan menjaga kesihatan menjelang peperiksaan.

Empat subjek UPSR itu boleh didapati dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mata pelajaran Sains dan Matematik juga akan disediakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin tidak lama lagi.

Kehadiran ‘butang merah’ di saluran interaktif itu membuatkan sesi ulang kaji menjadi lebih menarik dan menyenangkan apabila para pelajar berpeluang untuk menjawab kuiz mini dengan menggunakan alat kawalan jauh.

Dengan satu sentuhan butang, fakta-fakta dan formula-formula akan segera muncul di skrin seperti serangkai kad imbasan. Pembelajaran interaktif itu tidak terhenti di skrin tv sahaja apabila laman sesawang Astro Tutor TV turut menyediakan ulangan pembelajaran, kuiz dan ujian percubaan secara dalam talian.

Ketua Pendidikan di Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata: “Untuk mencapai keputusan optimal, Astro mengesyorkan ibu bapa menjadi sebahagian daripada pembelajaran itu. Ibu bapa digalakkan untuk menyertai anak-anak mereka menonton Astro Tutor TV dan mencuba kuiz interaktif.

”Sokongan dan dorongan ibu bapa dapat meningkatkan pembelajaraan anak-anak. Negara-negara maju sudah menggunakan program televisyen dan halaman sesawang e-pembelajaraan untuk membantu ulangkaji.”

Pembelajaran akademik diseimbangkan dengan kandungan seperti ’Silap lagi’, ’Bijak belajar’, dan ’Lulus! Silap lagi’ ialah siri format pendek, yang menggunakan ibu jari sebagai ’watak’ yang mengajar para pelajar bagaimana untuk mengelakkan kesalahan yang biasa dilakukan di dalam peperiksaan dengan cara humor.

’Bijak belajar’ mengaplikasikan strategi guna-cuba seperti pemetaan fikiran dan kad imbasan. Di dalam ’Lulus!’, lima orang pelajar yang berketerampilan berkongsi rahsia peribadi mereka tentang pengurusan masa dan motivasi diri.

Astro Tutor TV boleh didapati secara percuma oleh semua pelanggan Astro termasuk sekolah-sekolah kerajaan di seluruh negara dari 18 Julai sehingga 23 September. Layari http://www.astro.com.my/ untuk sinopsis program dan jadual.

Untuk maklumat lanjut mengenai TUTOR TV, pelanggan boleh menghubungi 1300-82-3838 atau layari www.astro.com.my.

-mstaronline

1,299 total views, 1 views today

Ramalan Paul ( Sotong ) – Selangor VS Kelantan




Di sebalik kehangatan FINAL Piala Dunia  2010 hujung minggu ini…. Nampaknya liga bolasepak Malaysia ( LIGA SUPER ) telah membuka tirai pusingan kedua mulai selasa yang lalu….

logo liga super Ramalan Paul ( Sotong )   Selangor VS Kelantan

Namun apa yang lebih menarik adalah perlawanan SUPER SATURDAY ….. yea SABTU nie…. di mana pasukan SELANGOR ( red giant ) akan menentang pasukan dari pantai timur – KELANTAN ( RED WARRIOR ) di Stadium
Shah Alam pukul 8.45 malam.

Dan kalau tak silap akan ada siaran langsung di ASTRO ARENA – 801 . Tv1 pun mungkin ada live gak kot….tapi tak sure la game yang mana la kan…Apa yang menarik ialah Si Sotong German – PAUL turut meramalkan team mana yang akan memenangi perlawanan tersebut….

Sila lihat di bawah yea….

Sotong paul Ramalan Paul ( Sotong )   Selangor VS Kelantan

-sumber-

Oleh itu dengan sebulat hati saya akan sokong / support team bolasepak KELANTAN untuk game sabtu nie…. hahahahaha…..

278 total views, no views today