Tag Archives: www.facebook.com

Guru di AS dipecat kerana bermain cinta di FACEBOOK




du 04.1 Guru di AS dipecat kerana bermain cinta di FACEBOOK

CHADWIN REYNOLDS


NEW YORK – Sekurang-kurangnya tiga orang guru di sekolah tinggi awam di New York telah dipecat dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini kerana mempunyai hubungan kurang sesuai dengan pelajar menerusi laman sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Salah seorang daripada mereka ialah bekas guru seni di sekolah tinggi Fordham di Bronx, Chadwin Reynolds, 37, yang ‘berkawan’ dengan ramai pelajar perempuan.

Menurut akhbar New York Post, dia pernah menulis komen-komen berbaur seks di bawah beberapa gambar di Facebook.

Menurut satu suruhanjaya siasatan khas sekolah-sekolah di New York, Reynolds juga didakwa cuba memujuk seorang remaja agar keluar bersamanya dengan cara mendapatkan nombor telefon, menghantar bunga, gula-gula dan patung beruang.

Dia bagaimanapun menegaskan bahawa kesnya ditutup setelah Jabatan Pendidikan (DOE) mendapati dakwaan-dakwaan ke atasnya adalah tidak sah.

Namun, DOE mengesahkan Reynolds dipecat kerana skandal tersebut.

Seorang bekas pekerja DOE, Laurie Hirsch pula dipecat pada Mei lalu kerana menjalin hubungan dengan seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun.

Dia meletakkan gambarnya bercium dengan pelajar terbabit yang menyebabkan siasatan dilakukan.

Pelajar itu memberitahu dia telah melakukan hubungan seks sebanyak 10 kali di pangsapuri Hirsch pada tahun lalu. Rekod menunjukkan terdapat 2,700 panggilan telefon dibuat dalam tempoh enam bulan.

Seorang guru lelaki gantian di Manhattan, Stephen D’Andrilli juga didapati ‘berkawan’ dengan beberapa pelajar perempuan di Akademi Essex Street dan menghantar mesej-mesej yang tidak sepatutnya.

D’Andrilli pernah menghantar mesej kepada seorang pelajarnya bahawa teman lelakinya itu tidak berhak memiliki perempuan yang secantiknya.

Sementara itu, seorang guru di sekolah tinggi La Guardia dikatakan memberi markah lebih kepada pelajar yang ‘berkawan’ dengannya di Facebook.

Dia bagaimanapun tidak dikenakan tindakan. – Agensi.

/// kosmo //

Twitter, Facebook bantu pencuri




LONDON: Rangkaian laman web sosial seperti Twitter dan Facebook kini menjadi alat bantu kepada pencuri untuk mengesan kediaman yang kosong dan berpotensi untuk dipecah masuk.

Berdasarkan kajian, ramai pengguna laman web sosial itu menyiarkan alamat masing-masing bersama perincian lain, termasuk bila dan ke mana mereka akan bercuti.

twitter for iphone 1210832119703 Twitter, Facebook bantu pencuri

Melalui kajian 50 bekas pencuri dikendali syarikat insurans More Than, kebanyakan penjenayah meluangkan masa secukupnya menyelidik sasaran mereka sebelum bertindak.
Bekas pencuri yang kini menjadi paderi, Richard Taylor, berkata pada ketika dulu penjenayah memperoleh maklumat daripada posmen atau penjual susu.
“Kini penggunaan Internet secara tidak sedar memberikan maklumat mengenai pergerakan masing-masing, misalnya, bila pergi ke lapangan terbang, penghantaran barangan atau sebagainya.
“Saya selalu yakin bahawa, jika ada 900 rakan hubungkan dengan anda melalui Facebook, anda mungkin hanya ada seorang sahabat dan selebihnya individu anda tidak kenali,” katanya.
Jurucakap More Than, Pete Markey, berkata hasil kajian menunjukkan walaupun penjenayah menggunakan kaedah lama ketika memecah masuk bangunan, mereka tetap mempelajari teknologi terkini.

facebook 1 Twitter, Facebook bantu pencuri

“Menggunakan Facebook atau Twitter untuk menceritakan percutian anda di Barbados mungkin mengagumkan orang lain, tetapi ia juga memadai untuk pencuri yang mahir teknologi mendapat semua maklumat diperlukan,” katanya.
Kajian More Than menunjukkan, 68 peratus pencuri mengaku mengumpul maklumat mengenai rumah sasaran dan rutin penghuninya sebelum bertindak.
Sebanyak 12 peratus bekas penjenayah pula berkata, mereka sering menggunakan rangkaian laman web sosial untuk membuat penyelidikan. – Agensi

/// hmetro ///